KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
**Sila semak silang soalan dan jawapan di kuiz-kuiz ini dengan sumber rujukan yang lebih tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan haruslah diutamakan sumber-sumber tersebut seperti buku teks rasmi yang telah diikitiraf**
1. Apakah kesan utama Perang Dunia Pertama terhadap sistem politik di Eropah?
2. Mengapakah Liga Bangsa-Bangsa (LBB) dianggap gagal dalam memastikan keamanan dunia selepas Perang Dunia Pertama?
3. Perang Dunia Pertama tercetus apabila Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary, dibunuh oleh pemuda Serbia. Peristiwa ini berlaku di tengah-tengah konflik yang dikenali sebagai:
4. Faktor utama yang mendorong Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik adalah:
5. Leftenan Adnan Saidi daripada Rejimen Askar Melayu menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertempuran menentang tentera Jepun di:
6. Semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918), Pakatan Kuasa Tengah terdiri daripada Jerman dan Austria-Hungary. Pakatan ini kemudian disertai oleh:
7. Selepas kekalahan tentera Jepun, wujud kekosongan kuasa politik yang digunakan oleh Bintang Tiga (PKM) untuk mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu dan menjalankan undang-undang sendiri. Hal ini dapat dilakukan kerana kelewatan:
8. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (Perang Pasifik) bermula apabila Jepun melancarkan serangan serentak ke atas:
9. Apakah kesan utama pengenalan mata wang Jepun yang dikenali sebagai "wang pokok pisang"?
10. Semasa pendudukan Jepun, Singapura diasingkan pentadbirannya dari Tanah Melayu dan dinamakan semula sebagai Syonon-to. Syonon-to bermaksud: