KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6: Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
**Sila semak silang soalan dan jawapan di kuiz-kuiz ini dengan sumber rujukan yang lebih tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan haruslah diutamakan sumber-sumber tersebut seperti buku teks rasmi yang telah diikitiraf**
1. Siapakah Pesuruhjaya Tinggi British yang menjadi mangsa serang hendap komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu pada 6 Oktober 1951?
2. Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Apakah maksud fahaman komunisme?
3. Mengapakah Rundingan Baling (28 Disember 1955) antara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM menemui kegagalan?
4. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan secara rasmi pada 30 April 1930 di bandar mana?
5. Rancangan Briggs dilancarkan pada tahun 1950 oleh Sir Henry Gurney. Apakah matlamat utama Rancangan Briggs?
6. Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak awal tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di mana?
7. Tindakan sabotaj komunis terhadap infrastruktur termasuklah:
8. Apakah tujuan British memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948?
9. Apakah sasaran utama serangan komunis dari tahun 1948 hingga 1956 bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu?
10. Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. Siapakah Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik pada tahun 1952 dan bertanggungjawab melaksanakan Perang Saraf?