KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 10:PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
**Sila semak silang soalan dan jawapan di kuiz-kuiz ini dengan sumber rujukan yang lebih tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan haruslah diutamakan sumber-sumber tersebut seperti buku teks rasmi yang telah diikitiraf**
1. Apakah simbolik pelepasan 101 das tembakan yang dilepaskan di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957?
2. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dan mengekalkan ahli kabinet yang ada. Siapakah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?
3. Berapakah laungan "Merdeka" yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan tangannya di udara di Stadium Merdeka, yang disahut oleh para hadirin?
4. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, telah mengumumkan tarikh sambutan Hari Merdeka melalui:
5. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah. Menurut Kamus Dewan, apakah takrif kemerdekaan?
6. Jawatankuasa Persediaan Fizikal telah menyediakan prasarana fizikal untuk meraikan kemerdekaan, termasuklah pembinaan sebuah stadium yang siap pada 21 Ogos 1957. Apakah nama stadium tersebut?
7. Dalam aspek pembangunan sosial, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Badan ini ditubuhkan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menetapkan:
8. Lagu kebangsaan, Negaraku, yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan, berasal daripada lagu negeri Perak. Apakah nama asal lagu tersebut?
9. Dalam Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. Prinsip ini dikenali sebagai:
10. Detik bersejarah pemasyhuran kemerdekaan bermula pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Siapakah yang menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British?