Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tilawah
Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam
MAKSUDNYA: Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.
3 perintah Allah kepada umat Islam : 1) Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan 2) Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka 3) Hendaklah dihantar ke tempat yang aman – Suasana harmoni – Suasana aman – Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam – Menunjukkan contoh teladan yang baik |
Ciri-ciri pendakwah 1) Beriman dan bertakwa kepada Allah swt 2) Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah 3) Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah yang disampaikan tidak berjaya 4) Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran 5) Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai 6) Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut |
Batas-batas Pergaulan: Surah An-Nur Ayat 31
Ciri-ciri orang beriman berdasarkan ayat 1) Sujud kepada Allah 2) Sentiasa mengingati Allah 3) Tidak takbur 4) Melazimi qiamullail 5) Menginfaqkan harta untuk jalan Allah |
Jenis-jenis sujud 1) Sujud tilawah – Sujud sajdah juga dikenali sebagai Sujud Tilawah. Ia merupakan sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca dan mendengar ayat-ayat sajadah dalam Al-Quran. Ia juga biasanya dilakukan pada Solat Subuh berjemaah pada Hari Jumaat 2) Sujud sahwi – Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat. 3) Sujud syukur – Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan sebagai perwujudan dari rasa syukur. Sujud syukur dilakukan saat hati dan pikiran menyadari betapa besar nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Swt. Sujud syukur juga bisa dilakukan karena terhindar dari bahaya kesusahan yang besar. |
Pengajaran ayat Umat Islam disunatkan membanyakkan solat dan zikir. Allah menjanjikan pahala besar kepada orang yang melazimi qiamullail. Orang mukmin hendaklah bersifat tawaduk. Islam menggalakkan mencari harta yang halal dan menginfaqkannya ke jalan Allah. |
Contoh Soalan Nyatakan tiga sifat mukmin yang dinyatakan Allah dalam ayat di atas. Jelaskan kelebihan orang yang beriman kepada Allah. Senaraikan perbezaan antara orang yang beriman dengan orang fasik. Jelaskan pengertian sujud berikut: i. Sujud Sahwi ii. Sujud Tilawah iii. Sujud Syukur |
Lubuk Soalan
Koleksi Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5