Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Akidah
AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara-perkara bid’ah. |
Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 1) Berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah 2) Berpegang dengan prinsip-prinsip al-Salafu al-Soleh 3) Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran 4) Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka 5) Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih. |
Kepentingan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 1) Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan. 2) Asas kepada penerimaan sesuatu amalan. 3) Hidup diredhai Allah. |
Contoh Soalan 1) Nyatakan tiga prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah. 2) Huraikan tiga sebab kita wajib berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. |
KHAWARIJ
Pengertian khawarij Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim. |
Pegangan khawarij 1) Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir. 2) Mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktiqad dengan mereka. 3) Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja. |
Contoh Soalan 1) Siapakah golongan Khawarij. 2) Jelaskan iktikad yang menjadi pegangan golongan Khawarij. |
AJARAN SESAT
Pengertian ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh ajaran sesat: Qadiani, taslim |
Qadiani 1) Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889M. 2) Di bawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatillah pada tahun 1949M. Ciri kesesatan ajaran Qadhiani 1) Iktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna (tuhan dalam agama Hindu). 2) Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab yang bernama al-Tazkirah. 3) Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat. 4) Menghapuskan jihad. 5) Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6, surah al-Saf, ayat 52 surah al-Hajj dan ayat 1 surat al-Qadr. 6) Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah. 7) Mengisytiharkan Qadhiani sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji. 8) Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinaga, India. 9) Menghukum kafir selain penganut Qadhiani. |
Taslim 1) Diasaskan oleh Hj. Muhammad bin Syafie pada tahun 1870an di Kampung Serunak, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. 2) Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah. Ciri kesesatan ajaran taslim 1) Beriktiqad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad. 2) Beriktiqad bahawa alam bersifat qadim. 3) Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu. 4) Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin. 5) Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka. 6) Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli. 7) Menganggap Hj. Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum. |
Contoh Soalan 1) Siapakah pengasas ajaran Qadiani? 2) Jelaskan tiga ciri kesesatan ajaran Qadiani. 3) Ajaran Taslim merupakan ajaran yang paling tua di Malaysia. 4) Terangkan dua iktikad kesesatan ajaran tersebut. |
Lubuk Soalan
Koleksi Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5