NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 TAMADUN ISLAM

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tamadun Islam

KERAJAAN BANI ABBASIYAH
Faktor Penyebaran Islam
Faktor Dalaman
1) Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya.

2) Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para pendakwah.
Dasar Kerajaan yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dan bukan Arab.

3) Kedudukan Kota Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

Faktor Luaran
1) Pembukaan wilayah-wilayah baru

2) Penggunaan Bahasa Arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-quran dan hadis

3) Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan Negara luar.

4) Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka.
Bidang-bidang Ilmu
Ilmu Berteraskan Wahyu.
a) Ilmu Tafsir
Tokoh :
i: Yahya bin Ziyad al-Farra’. 207H kitabnya Maani al-Quran.
ii: Ibnu Jarir at-Tabari 310H kitabnya Tafsir atTabari.

b) Ilmu Hadis
Tokoh :
i: Bukhari 256 H Kitabnya Sahih Bukhari
ii: Muslim 261H Kitabnya Sahih Muslim
iii: Abu Daud 275H Sunan Abu Daud
iv: Tarmizi 279H Kutubu as-Sittah
v: Nasaei 303H Kutubu as-Sittah
vi: Ibnu Majah 273H Kutubu as-Sittah

c) Ilmu Fekah
Tokoh :
i: Imam Abu Hanifah 150H
ii: Imam Malik 179H
iii: Imam Syafiee 204H
iv: Imam Ahmad Hanbal 241H
v: al-Qadhi Abu Yusuf 182H
vi : Sahnun 240H
vii: al-Mawardi 450H
viii : Ibnu Qudamah 620H

d) Ilmu Tauhid
Tokoh :
i: Imam Abu Hassan al-As’ari 324H
Ii: Imam al-Ghazali 505H
Ilmu Berteraskan Aqal

a) Ilmu Matematik
Formula: Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada system angka dalam abjad, pengenalan bilangan sifar (0) dalam system angka.

Tokoh : Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (236H), dengan karyanya yang agung bertajuk “Hisabul Jabri wal-Muqabalah” (Integration and Equations)

b) Ilmu Falak
Penemuan Baru:
1) Mengukur jarak antara bumi dan matahari.

2) Membuat jadual pegerakan bulan dan bintang.

3) Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim.
4) Mencipta alat pengukur sudut (astrolabe)

Tokoh : 
al-Batani (317H).

c) Ilmu Kimia
1) Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric, dan asid hidroklorik.

2) Teori penghasilan alcohol.

3) Membaiki proses pembuatan kaca.
Tokoh : Jabir bin Hayyan (198H)

d) Ilmu Fizik
Bentuk-bentuk pencapaian
1) Mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya.

2) Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan.

3) Menyukat kelajuan bumi dan cahaya.

4) Mencipta cermin mata.

Tokoh:
Al-Hassan bin Haitam (430H)
Menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib

e) Geografi
Penemuan 
1) Memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi.
2) Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.

Tokoh:
As-Syarif al-Idrisi (461H) menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah

f) Ilmu Perubatan
Pencapaian
1) menjelaskan kesan kuman dalam penyakit.

2) menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi.
3) Menemui pelbagai penyakit seperti Rubella.

4) Alahan, Cacar, dan penyakit jiwa.

5) Mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik.

6) Mencipta picagari, ubat bius, dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

Tokoh:
Ibnu Sinna (428H) Qanun fi al-Tibb
Contoh Soalan
1)Jelaskan dua faktor dalaman yang mendorong penyebaran Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.

2) Sebutkan empat contoh bidang ilmu yang diterokai pada zaman kerajaan Abbasiyah.

3) Terangkan tiga kepentingan menguasai sains teknologi pada masa kini.
IBNU KHALDUN
Biodata
1) Nama : Abdul Rahman bin Muhamad bin Muhamad

2) Lahir : Tunisia

3) Tarikh Lahir : 732H/ 1332M

4) Keturunan : Arab Yaman

5) Bapanya : Seorang sarjana

6) Jawatan : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali Yahya
Anggota majlis Ilmiah
Anggota Jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi al-Hassan di Fas, Maghribi

7) Usia : 87 tahun

8) Meninggal dunia : Di Kaherah, Mesir 808H/1406M
Keperibadian Ibnu Khaldun
1) Tekun mencari ilmu.
2) Berjiwa pemimpin.
3) Kreatif.

Pendidikan
1) Mempelajari asas agama dan Bahasa Arab dari bapanya.

2) Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains, dan matematik dari Muhamad bin Ibrahim al-Abadi.

3) Mendapat pendidikan tinggi dari guru-guru yang terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisannuddin bin al-Khalib.
Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
1) Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,, sosialogi dan pendidikan.

2) Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmuan serta judul- judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Contoh Soalan
1) Dimanakah Ibnu Khaldun dilahirkan?
Ibnu Khaldun meninggalkan sumbangan yang amat bernilai kepada tamadun manusia.

2) Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran Islam.
SHEIKH MUHAMMAD ABDUH
Biodata

1) Nama: Muhammad bin Abduh b Hassan Khaizullah 

2) Lahir: Tonto, Mesir

3) Tarikh Lahir: 1266H/1849M

4) Jawatan: Guru di Masjid al-Husaini dan Darul Ulum, Mesir
Guru di Sekolah as-Sultaniyah Beirut.
Ketua Editor akhbar al-Waqa’ul al-Masriyah
Hakim Mahkamah Rayuan Mesir.
Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar
Mufti kerajaan Mesir.

5) Meninggal: 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir.
Keperibadian Sheikh Muhamad Abduh
1) Berani menyatakan idea-idea Islah.

2) Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya.

3) Berketerampilan sehingga diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam Negara.
Pendidikan
1) Belajar menulis dan membaca daripada bapanya sendiri.

2) Mempelajari alQuran dan menghafaznya dalam masa 2 tahun.

3) Mempelajari Bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi.

4) Belajar Tasawuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh darwis.

5) Belajar Ilmu Hisab dan falsafah dari Sheikh Hassan at-Tawil di Universiti al-Azhar.

6) Mendapat ijazah dari al-Azhar pada tahun 1877M
Aliran Pemikiran Sheikh Muhammad Abduh
1) Aqidah.
2) Integrasi Ilmu.
3) Kecekapan Pentadbiran.
Faktor Sheikh Muhamad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Sistem Pendidikan

1) Inspirasi gerakan Islah Sheikh Jamaluddin yang menjurus kearah menjadikan integrasi ilmu.

2) Kesedaran Sheikh Muhamad Abduh terhadap keperluan Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.

3) Sistem pendidikan pada masa itu lebih menjurus kearah taklid dan jumud.

4) Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan miskin terpinggir.
Method Islah Sheikh Muhammad Abduh

1) Proses pengajaran di masjid al-Hussain Darul Ulum dan Universiti al-Azhar.

2) Media massa seperti majalah al-Urwatul wusta serta al-Ahram.
Karya-karya ilmiah seperti risalah tauhid, tafsir juz Amma dll.

3) Jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, anggota majlis pengurusan universiti al-Azhar dan Mufti kerajaan Mesir
Sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan

1) Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat.

2) Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.

3) Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar.

4) Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara,

5) Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.
Karya.
1) Risalah at-Tauhid.
2) Tafsir Juz Amma.
3) Tafsir Suratul Asr.
4) Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin
Contoh Soalan
1) Nyatakan dua jawatan yang pernah disandang oleh Sheikh Muhammad Abduh.

2) Terangkan dua sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan.
Senaraikan dua hasil karya Sheikh Muhammad Abduh.
HAMKA
Biodata
1) Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah.

2) Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah bersamaan 16 Februari 1980 M.

3) Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia.

4) Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau.

5) Usia : 73 tahun.

6) Meninggal : 24 Julai 1981M
Jawatan:
1) Pernah menjadi guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.

2) Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah Padang Panjang.

4) Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.

5) Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

6) Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia.
Anugerah
1) Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M.

2) Anugerah Guru Besar (Pofesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960M.

3) Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974M.
Keperibadian:
1) Petah berpidato dimana beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.

2) Berjiwa seni dimana rangkap-rangkap pantun, syair dijadikan selingan dalam kebudayaan penulisan beliau.

3) Berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang penjajah Belanda
Pendidikan
1) Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya.

2) Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib yang didirikan oleh bapanya.

3) Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau.

4) Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid.

5) Masa lapang dihabiskan di perpustakaan.
Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.
1) Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan majalah “Hatibul Ummah”.

2) Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927.

3) Mengasaskan kuliah ‘al-Mubaligh’ pada tahun 1935M.

4) Menerbitkan majalah ‘Pedoman Masyarakat’ pada tahun 1936M.

5) Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji Masyarakat dan Gema Islam.

6) Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.
Sumbangan
1) Penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

2) Karya-karya beliau terutama Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran di alam Melayu.
Hasil Karya Hamka
Dalam Bidang Agama
1) Tafsir al-Azhar.
2) Tasawuf Moden.
3) Pedoman Membanding Islam.
4) Arkanul Islam.
5) Sejarah Umat Islam.
6) Revolusi Agama

Dalam bidang Falsafah
1) Falsafah Hidup
2) Lembaga Hidup
3) Falsafah Ideologi Islam
4) Expensi Ideologi
5) Pandangan Hidup Muslim

Dalam bidang Sastera
1) Tengelamnya kapal Van Der Wijck
2) Di bawah Lindungan Kaabah
3) Laila Majnun
4) Mandi Cahaya Tanah Suci
5) Menunggu Beduk Berbunyi.
Perjuangan Hamka
1) Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

2) Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang sesat/ mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.

3) Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar.

4) Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia. (MUI).

5) Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.
Contoh Soalan
1) Nyatakan tiga karya Hamka dalam bidang agama.
2) Jelaskan kegigihan Hamka dalam mengembangkan dakwah Islamiah di nusantara