SELAMAT DATANG Kuiz Fizik Tingkatan 5 Bab 7 Set 2
Fizik Kuantum
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan jasad hitam?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi ambang (f₀)?
3. Siapakah ahli fizik yang dianugerahkan Hadiah Nobel pada tahun 1921 kerana kejayaannya menerangkan kesan fotoelektrik?
4. Rumus E = hf menghubungkan tenaga foton (E) dengan frekuensi (f). Apakah yang diwakili oleh h?
5. Mengapakah mikroskop elektron dapat menghasilkan pembesaran yang lebih tinggi berbanding mikroskop cahaya?
6. Apakah nama bagi kuantum tenaga cahaya?
7. Menurut teori kuantum Max Planck, tenaga gelombang elektromagnet dipancarkan dalam bentuk..
8. Antara berikut, yang manakah BUKAN aplikasi kesan fotoelektrik?
9. Dalam kesan fotoelektrik, apakah yang akan berlaku jika keamatan cahaya yang menyinari permukaan logam bertambah, manakala frekuensinya tetap?
10. Apabila suhu suatu jasad hitam meningkat, panjang gelombang yang mencapai keamatan sinaran maksimum akan…