Hello, quiz ini memilih 10 soalan rambang yang meliputi seluruh topik bab Quiz Sains Tambahan Tingkatan 4 Bab 7: Daya dan Gerakan
1. Seorang gadis berjisim 60 kg berada di dalam lif yang memecut ke atas pada 0.4 ms⁻². Apakah bacaan penimbang? (Anggap g = 10 ms⁻²)
2. Apakah perbezaan utama antara pelanggaran kenyal dan pelanggaran tidak kenyal?
3. Berdasarkan hubungan F = ma, apakah yang akan berlaku kepada pecutan objek jika jisimnya bertambah manakala daya yang dikenakan adalah malar?
4. Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa…
5. Sebuah troli berjisim 2 kg bergerak dengan halaju 3 ms⁻¹ berlanggar dengan sebuah troli pegun berjisim 1 kg. Selepas pelanggaran, kedua-dua troli bergerak bersama. Berapakah halaju sepunya kedua-dua troli?
6. Ahmad menolak sebuah troli dengan daya 400 N manakala Zi Hong menolak troli yang sama dari arah yang sama dengan daya 300 N. Berapakah daya paduan yang bertindak ke atas troli itu?
7. Mengapakah seorang atlet lompat jauh membengkokkan lututnya ketika mendarat?
9. Seorang pemain bola sepak menendang bola berjisim 0.5 kg. Halaju bola berubah dari keadaan pegun kepada 20 ms⁻¹ dalam masa 0.05 s. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas bola itu?
10. Antara berikut, yang manakah definisi bagi kuantiti vektor?