SELAMAT DATANG Kuiz Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 9 Set 1
Pembetulan Kesilapan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Apakah nama Imbangan Duga yang disediakan selepas semua pembetulan kesilapan direkodkan?
2. Pembayaran kepada pembekal Sofia sebanyak RM6,400 telah direkodkan dalam Akaun Sofian. Apakah jenis kesilapan ini?
3. Antara berikut, yang manakah contoh Kesilapan Prinsip?
4. Apakah kesan kesilapan prinsip (membeli aset direkod sebagai belanja) terhadap untung bersih jika tidak dibetulkan?
5. Pemilik mengambil barang niaga RM3,000 untuk kegunaan peribadi. Kesilapan berlaku apabila Akaun Ambilan dan Akaun Belian kedua-duanya didebitkan. Apakah jenis kesilapan ketara ini?
6. Apakah dokumen yang digunakan untuk merekodkan semua catatan pembetulan kesilapan?
7. Urus niaga jualan kredit barang niaga kepada Perniagaan Baba sebanyak RM8,200 direkodkan dengan betul dalam Akaun Jualan, tetapi tidak direkodkan langsung dalam Akaun Belum Terima Perniagaan Baba. Apakah jenis kesilapan ini?
8. Belanja membaiki komputer sebanyak RM200 telah didebitkan dalam Akaun Komputer. Ini merupakan contoh…
9. Pembelian sebuah mesin pencetak bernilai RM1,650 untuk kegunaan perniagaan menggunakan dana peribadi pemilik tidak direkodkan dalam mana-mana buku. Apakah klasifikasi kesilapan ini?
10. Jualan tunai RM930 tersilap rekod sebagai RM903 dalam Buku Tunai dan Akaun Jualan. Kesilapan ini dikenali sebagai…