SELAMAT DATANG Kuiz Fizik Tingkatan 4 Bab 4 Set 1
Haba
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Berdasarkan Hukum Charles, apakah yang akan berlaku kepada isi padu gas jika suhu mutlaknya digandakan pada tekanan malar?
2. Sebuah termometer tidak berskala digunakan untuk mengukur suhu air. Didapati panjang turus dari takat 0°C ke takat 100°C ialah 12 cm. Panjang turus dari takat 0°C ke paras suhu air ialah 4 cm. Berapakah suhu air itu?
3. Berapakah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 0.5 kg aluminium dari 20°C kepada 70°C? [Muatan haba tentu aluminium = 900 J kg⁻¹ °C⁻¹]
4. Mengapakah kita berasa sejuk selepas berpeluh?
5. Pemegang periuk biasanya diperbuat daripada plastik kerana plastik…
6. Apakah yang dimaksudkan dengan sifar mutlak (0 K)?
7. Fenomena bayu laut berlaku pada waktu siang kerana…
8. Merujuk kepada lengkung pemanasan, apakah yang berlaku kepada tenaga kinetik molekul semasa pendidihan?
9. Haba yang diserap oleh ais semasa ia melebur pada suhu 0°C dikenali sebagai…
10. Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu gas berjisim tetap, tekanan adalah..