Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1: Langkah Keselamatan Di Dalam Makmal

Bab 1: Langkah Keselamatan di dalam Makmal
Mempelajari peralatan perlindungan diri, pengurusan bahan sisa biologi, dan teknik memadam kebakaran dengan betul.
1.1 Peralatan Perlindungan Diri (PPD)
Peralatan yang direka untuk melindungi pemakai daripada kecederaan atau jangkitan semasa berada di dalam makmal.
Peralatan pada Diri Murid
-
Gogal (Cermin Mata Keselamatan) Melindungi mata daripada bahan kimia berbahaya.
-
Topeng Muka Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu wasap asid/gas beracun.
-
Sarung Tangan Melindungi tangan daripada bahan kimia yang menghakis dan biobahaya.
-
Baju Makmal (Lab Coat) Pakaian yang mudah dibuka, melindungi pakaian dan badan daripada tumpahan kimia.
-
Kasut Bertutup Melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia atau serpihan kaca.
Peralatan di Dalam Makmal
Kabinet khas untuk menjalankan eksperimen yang membebaskan wasap meruap, beracun, menghakis atau berbau busuk.
Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia dengan kuantiti air yang banyak.
Digunakan segera untuk membilas mata yang terkena bahan kimia. Mesti dicuci sekurang-kurangnya 15 minit.
Ruang kerja tertutup untuk mengelakkan pencemaran sampel biologi semasa penyediaan kultur mikrob.
1.2 Pembuangan Bahan Sisa
Tidak semua bahan kimia boleh dibuang terus ke dalam singki. Pengurusan yang betul penting untuk mengelakkan pencemaran dan kemalangan.
Boleh Dibuang ke Singki
Hanya cecair atau larutan berkepekatan rendah dan tidak berbahaya.
- Bahan neutral (pH 5 hingga 9).
- Cecair tidak berwarna atau tidak reaktif.
- Air suling, larutan gula, asid lemah, atau alkali lemah.
TIDAK Boleh Dibuang ke Singki
Sisa yang boleh merosakkan paip, meletup atau mencemarkan alam sekitar.
- Sisa pepejal (kaca, getah).
- Sisa yang mempunyai pH < 5 atau pH > 9.
- Sebatian pelarut organik & logam berat.
- Bahan meruap, reaktif, radioaktif atau beracun.
Prosedur Operasi Standard (SOP) Sisa Biologi
Pengurusan sisa biologi terbahagi kepada 4 kategori Kategori (A, B, C, D).
Kategori A: Sisa Tajam
Cth: Picagari, jarum, kaca.
Cara: Masukkan ke dalam bekas sisa tajam (Sharps bin). Tidak perlu diautoklaf.
Kategori B: Sisa Tidak Tajam
Cth: Sarung tangan, tisu, kapas biobahaya.
Cara: Masukkan dalam beg autoklaf biobahaya, autoklaf, dan ikat sebelum dibuang.
Kategori C: Bangkai Haiwan/Organ
Cth: Tikus makmal, katak.
Cara: Balut rapi dengan tisu penyerap, bungkus dalam beg plastik biobahaya dan sejuk beku sebelum dilupuskan.
Kategori D: Cecair
Cth: Darah, serum, kultur mikrob.
Cara: Dinyahcemar secara autoklaf sebelum dilupuskan terus ke dalam sistem kumbahan makmal.
1.3 Pemadam Kebakaran
Peralatan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran pada peringkat awal berdasarkan jenis bahan terbakar.
Jenis-Jenis Alat Pemadam Kebakaran
AIR
Untuk kebakaran bahan pepejal seperti kayu, kertas, dan kain.
Kelas ABUIH (FOAM)
Untuk kebakaran cecair dan gas mudah terbakar seperti minyak, cat, dan gas asli.
Kelas B & CKARBON DIOKSIDA
Sesuai untuk peralatan elektrik, gas dan wap mudah terbakar.
Kelas B, C, ESERBUK KERING
Pemadam universal. Sesuai untuk semua jenis kelas kebakaran (A, B, C, D, E).
Semua KelasCara Menggunakan Alat Pemadam Api
Ingat akronim P.A.S.S untuk teknik semburan yang betul dan berkesan semasa kecemasan.
Kain khas kalis api untuk memadamkan kebakaran kecil pada badan mangsa dengan menyelimuti dan menyekat bekalan oksigen.
PULL (Tarik)
Tarik pin keselamatan daripada pemegang.
AIM (Acu)
Acukan muncung alat pemadam ke pangkal api (sumber nyalaan).
SQUEEZE (Tekan)
Tekan pemegang pemicit dengan kuat dan berterusan.
SWEEP (Sapu)
Layangkan muncung ke kiri dan kanan pada pangkal api.
Keselamatan Makmal
Sains Tingkatan 4 (Bab 1)
Sistem akan memaparkan 10 Soalan Ujian Rawak bagi menilai pemahaman anda terhadap prosedur keselamatan, pelupusan sisa biologi, dan pengurusan alat pemadam kebakaran di dalam makmal.
“Kecuaian sesaat di dalam makmal boleh membawa padah seumur hidup. Utamakan keselamatan.”
Memuat turun data ujian…
Laporan Audit
Keputusan Ujian Keselamatan Anda:
Keterangan log keselamatan di sini.
GLOSARI KESELAMATAN MAKMAL
Baju Makmal
Lapisan keselamatan yang dipakai untuk melindungi pakaian daripada kerosakan akibat tumpahan bahan kimia.
Bahan Sisa Biologi
Bahan buangan yang boleh membawa kemudaratan biologi, seperti spesimen haiwan, medium kultur, dan peralatan tajam tercemar.
Gogal
Peralatan melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya seperti asid, bromin, ammonia dan logam reaktif.
Kabinet Aliran Laminar
Peralatan yang menyediakan persekitaran kerja yang steril untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti mikrobiologi.
Kasut Bertutup
Alas kaki yang melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia berbahaya dan serpihan kaca.
Kebuk Wasap
Ruang kerja dengan sistem pengudaraan untuk eksperimen yang melibatkan bahan mudah meruap, beracun, atau mengakis.
Kelas Kebakaran
Pengelasan jenis kebakaran berdasarkan bahan api (cth: Kelas A untuk pepejal, Kelas B untuk cecair, Kelas E untuk elektrik).
Pemadam Kebakaran
Alat yang digunakan untuk mengawal atau memadamkan kebakaran mengikut kelas tertentu.
Pembilas Mata
Peralatan kecemasan untuk membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera.
Penyiram Kecemasan
Kelengkapan untuk membersihkan bahagian badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia secara menyeluruh.
Peralatan Perlindungan Diri (PPD)
Kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakai daripada bahaya di dalam makmal.
Sarung Tangan
Peralatan diperbuat daripada getah/nitril untuk melindungi tangan daripada bahan kimia atau agen biologi berbahaya.
Selimut Kebakaran
Selimut gentian kaca untuk memadamkan api kecil atau pada badan mangsa dengan cara menghalang oksigen.
Topeng Muka
Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia mudah meruap, sengit, serta debu berbahaya.
Tatal ke bawah untuk melihat lebih banyak istilah
CONTOH SOALAN KBAT
Bahagian ini mengandungi soalan yang memerlukan analisis kritis dan aplikasi konsep keselamatan makmal.
1. Pilihan Pemadam Kebakaran Elektrik
Seorang murid mendapati kebakaran kecil berlaku pada wayar peralatan elektrik. Wajarkan pilihan antara pemadam berlabel Merah (Air) atau Hitam (Karbon Dioksida).
Jawapan: Pilihan paling selamat ialah label hitam (Karbon Dioksida). Kebakaran elektrik (Kelas E) memerlukan bahan bukan konduktor. Penggunaan air (label merah) amat berbahaya kerana air mengalirkan elektrik, meningkatkan risiko renjatan elektrik dan boleh menyebarkan api.
2. Tumpahan Asid Pekat
Rakan anda tertumpah asid pekat pada baju makmal dan lengan. Huraikan tindakan segera untuk mengurangkan kecederaan.
Jawapan: Bawa rakan ke penyiram kecemasan segera. Bilas bahagian terlibat dengan air yang banyak. Tanggalkan baju makmal yang tercemar semasa air mengalir. Teruskan pembilasan dan maklumkan kepada guru dengan segera untuk bantuan perubatan.
3. Pengurusan Pelupusan Sisa
Cadangkan cara pelupusan: (i) sisa bedahan tikus, (ii) NaOH pH 10, dan (iii) serpihan kaca bikar.
(i) Sisa Tikus: Masukkan dalam beg plastik biobahaya, disejukbekukan, dan dilupuskan oleh kontraktor bertauliah.
(ii) NaOH pH 10: Dineutralkan terlebih dahulu sehingga mencapai julat pH selamat sebelum disalirkan ke singki.
(iii) Kaca Bikar: Masukkan ke dalam bekas khas sisa tajam (sharps bin), bukan tong sampah biasa.
4. Kebuk Wasap vs Kabinet Aliran Laminar
Mengapa kedua-dua peralatan ini mempunyai fungsi yang berbeza?
Jawapan: Kebuk wasap melindungi PENGGUNA daripada wap bahan kimia toksik. Kabinet aliran laminar pula melindungi SAMPEL (spesimen) daripada kontaminasi kuman dari persekitaran. Ringkasnya, satu melindungi manusia, satu lagi melindungi eksperimen.
5. Had Pemadam Api ABC
Nyatakan kelas kebakaran yang mana pemadam api ABC mungkin kurang berkesan.
Jawapan: Kurang berkesan untuk Kelas F (minyak masak). Walaupun api padam, serbuk ABC tidak menyejukkan minyak panas dengan efisien, menyebabkan risiko re-ignition (nyalaan semula). Selimut kebakaran atau pemadam jenis buih khusus adalah lebih baik.
ZON INTERAKTIF
Buka Kuiz
ZON INTERAKTIF
Uji kefahaman anda untuk
Langkah Keselamatan di Dalam Makmal
Disediakan oleh Lubuk Soalan
