SELAMAT DATANG Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik SPA SET 2

1. Harga kos set kecantikan di Syarikat Teguh Jaya ialah RM120. Harga jual set kecantikan itu ialah RM150. Set kecantikan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Teguh Jaya mengalami…
2. Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
3. Syarikat XYZ Sdn Bhd telah membeli peralatan pejabat pada bulan Januari 2005 dengan kos berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM 10,000.00 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah susut nilai tahunan peralatan pejabat berkenaan?
5. Sekiranya harga petrol RON 97 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, erapakah peratus peningkatan harga petrol RON 97 tersebut?
6. Amnia Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
7. Ah Chan mempunyai 280 biji buah rambutan. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah rambutan untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Malini, Agus dan Henry. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya ?
8. Hitungkan 144 (14-6+4) x (-6) =
10. Shazrinah Umairah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan M dan N ialah