NOTA SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 2

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

Nota Interaktif: Sejarah Tingkatan 3 Bab 2
Bab 2

Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Ketahui bagaimana Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka jatuh ke tangan British dan disatukan di bawah satu pentadbiran.

2.1 Peluasan Kuasa British di P. Pinang, Singapura & Melaka

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan pelabuhan persinggahan, pangkalan tentera, dan pusat pengumpulan barang untuk perdagangan dengan China.

Pulau Pinang

Tahun 1786

Taktik: Tipu Helah (Francis Light)

  • Sultan Abdullah (Kedah) perlukan bantuan tentera SHTI untuk hadapi ancaman Siam dan Bugis.
  • Francis Light berjanji memberi bantuan tentera tanpa persetujuan rasmi SHTI.
  • Sultan membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang. Namun, apabila Siam menyerang, SHTI enggan membantu.
  • Sultan tewas dalam usaha mengambil semula P. Pinang dan terpaksa menandatangani perjanjian menyerahkannya secara rasmi.

Singapura

Tahun 1819

Taktik: Manipulasi Politik (Stamford Raffles)

  • Berlaku krisis pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau antara Tengku Hussein (sulung) dan Tengku Abdul Rahman (bongsu).
  • Raffles memanipulasi keadaan dengan menyokong dan mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor.
  • Sebagai balasan, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman terpaksa membenarkan British membuka petempatan di Singapura.

Melaka

Tahun 1824

Taktik: Perjanjian & Pertukaran (Pakatan Barat)

  • British mendapat Melaka daripada Belanda melalui Perjanjian London 1824.
  • British menyerahkan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatera kepada Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka.
  • Tujuan: Mengelakkan pertembungan kuasa dan melancarkan laluan perdagangan di Selat Melaka.

2.2 Perjanjian London 1824

Juga dikenali: Perjanjian Inggeris-Belanda

Mengapa Perjanjian Ini Dibuat?

  • Menamatkan persaingan dan ketegangan hubungan antara British dan Belanda di Alam Melayu.
  • Dasar persahabatan di Eropah (mereka adalah sekutu di Eropah).
  • Menyelesaikan pertikaian pembukaan Singapura oleh Raffles (Belanda dakwa Singapura hak mereka).

Syarat Utama Perjanjian

  • Wilayah: Belanda serah Melaka kpd British. British serah Bangkahulu kpd Belanda.
  • Kawasan: British tidak boleh buka petempatan di Kepulauan Riau Lingga & kawasan selatan Selat Singapura.
  • Kawasan: Belanda tidak boleh buka petempatan di Tanah Melayu.

Kesan Terhadap Alam Melayu

Pengaruh British

Tanah Melayu & Singapura

  • British berkuasa penuh di semenanjung Tanah Melayu.
  • Pecahnya empayar Johor Riau (Johor & Singapura di bawah pengaruh British).

Pengaruh Belanda

Hindia Timur (Indonesia)

  • Belanda menguasai kepulauan di selatan Selat Singapura (termasuk Riau Lingga).
  • Institusi Kesultanan Riau Lingga ditubuhkan berasingan daripada Johor.
Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau yang gah!

2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS)

Ditubuhkan pada: 1826

Gabungan 3 wilayah strategik British di perairan Selat Melaka.

P. PINANG
+
MELAKA
+
SINGAPURA

Tujuan Penubuhan

  • Menjimatkan Perbelanjaan: Sebelum ini diurus secara berasingan yang menelan kos yang tinggi.
  • Menyeragamkan Pentadbiran: Lebih mudah diurus di bawah satu unit pentadbiran tunggal.

Pusat Pentadbiran

1826 – 1832: Pulau Pinang

Menjadi pusat pentadbiran pertama kerana ia merupakan petempatan terawal British.

1832 dan seterusnya: Singapura

Pusat pentadbiran dipindahkan kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan pelabuhannya lebih maju serta menguntungkan.

2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Corak pentadbiran NNS mengalami perubahan mengikut keadaan dan ketidakpuasan hati golongan saudagar.

TAHAP 1 (1826-1857)

SHTI di India

Ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang berpusat di Calcutta, India.

Diketuai oleh seorang Gabenor, dibantu oleh Residen Konsilor.
TAHAP 2 (1858-1867)

Pejabat India

SHTI dibubarkan. NNS diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat India di London.

Saudagar NNS mula tidak puas hati kerana Pejabat India tidak peka masalah mereka.
TAHAP 3 (1867)

Pejabat Tanah Jajahan

Dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London hasil desakan golongan saudagar.

Menjadi Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).

Mengapa Saudagar Mendesak Pemindahan ke London (1867)?

1

Masalah Lanun

Pejabat India gagal mengawal kegiatan lanun yang menjejaskan perdagangan.

2

Mata Wang Rupiah

Pejabat India mahu menggantikan Dolar Sepanyol dengan mata wang Rupee India (merugikan saudagar).

3

Cukai Pelabuhan

Cadangan mengenakan cukai pelabuhan di NNS yang akan menjejaskan status Pelabuhan Bebas.

4

Tiada Wakil

Tiada perwakilan saudagar NNS dalam Majlis Perundangan di India.

Kandungan berdasarkan sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 3 KSSM (Bab 2).
Tip Peperiksaan: Ingat taktik yang digunakan British untuk ketiga-tiga negeri (Tipu Helah, Manipulasi, Perjanjian).
Kuiz Sejarah Tingkatan 3 – Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat