NOTA ASK TINGKATAN 3 BAB 2

NOTA ASK TINGKATAN 3 BAB 2: KRIPTOGRAFI

Nota Interaktif ASK Tingkatan 3 – Kriptografi
Top Secret / Classified
SYSTEM SECURE // ASK TINGKATAN 3 BAB 2

KRIPTOGRAFI

Kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai seni melindungi maklumat dan data daripada pihak yang tidak dibenarkan.

ASAS KRIPTOGRAFI

Asal Usul Perkataan

Berasal daripada bahasa Yunani iaitu gabungan dua perkataan:

  • kriptos Tersembunyi
  • graphein Tulis

Kepentingan Keselamatan Data

1. Kerahsiaan

Data hanya boleh dibaca oleh pihak berkuasa sahaja.

2. Integriti

Memastikan data tidak diubah/dipadam oleh penggodam.

3. Pengesahan

Mengesahkan identiti penghantar dan penerima data.

4. Tiada Sangkalan

Penghantar tidak dapat menafikan dia telah hantar mesej.

Kuiz Interaktif: Perwakilan Data & Kriptografi (ASK Tingkatan 3)

Kuiz Kriptografi & Keselamatan Data

Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 3 – Bab 2

Uji Pengetahuan Keselamatan Siber Anda!

Anda akan diberikan 10 soalan rawak mengenai pelbagai kaedah sifer, penyulitan mesej, dan fungsi kriptografi.