NOTA TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 BAB 3
Tasawwur Islam
Tema 3: Sistem Pentadbiran & Pemerintahan
Sistem Pentadbiran & Pengurusan Islam
Pentadbiran
Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.
Pengurusan
Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia.
Konsep Keseluruhan (Tadbir Urus Islam)
Pentadbiran dan pengurusan Islam ialah perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam selari dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.
Prinsip-Prinsip Tadbir Urus Islam
Sistem pentadbiran yang cemerlang bertunjangkan kepada enam prinsip asas berikut bagi menjamin keadilan dan keharmonian sesebuah organisasi atau negara.
Al-Ubudiyyah
Pengabdian Diri
Ketundukan dan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT dalam segala urusan pentadbiran.
As-Syura
Mesyuarat
Perbincangan secara kolektif untuk mencapai keputusan terbaik berdasarkan iman & takwa.
Al-‘Adalah
Keadilan
Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan hak kepada yang berhak menerimanya.
Al-Hurriyyah
Kebebasan
Kebebasan bersuara, bertindak dan beragama asalkan tidak melanggar batasan syariat.
Al-Musawah
Kesamarataan
Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang Islam tanpa mengira pangkat atau keturunan.
Al-Mas’uliyyah
Kebertanggungjawaban
Setiap pemimpin akan disoal dan dipertanggungjawabkan ke atas amanah pimpinannya di akhirat.
Sistem Pemerintahan Islam
Konsep Khilafah
Pemerintahan atau pentadbiran negara berdasarkan syariat Islam. Khalifah ialah individu yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk menggantikan peranan Rasulullah SAW dalam menjaga agama dan mentadbir urusan dunia.
Matlamat Pemerintahan
- Menegakkan syariat Islam di muka bumi.
- Merealisasikan keadilan sejagat untuk seluruh rakyat (Muslim & Non-Muslim).
- Memelihara kebajikan dan keamanan negara dari ancaman musuh.
Tanggungjawab Pemimpin & Rakyat
Tanggungjawab Pemimpin
- Memelihara kesucian agama Islam.
- Menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan.
- Menguruskan harta negara (Baitulmal) dengan telus.
- Memastikan keselamatan nyawa, harta, dan kemuliaan rakyat terjamin.
- Menyediakan kemudahan asas dan pendidikan.
Tanggungjawab Rakyat
- Mentaati pemimpin (selagi tidak menyuruh ke arah maksiat).
- Memberi teguran dan nasihat secara berhikmah.
- Menjaga keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
- Mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
- Menjauhi perbuatan ekstrem atau derhaka (pemberontakan).
Pentadbiran & Pemerintahan
Tasawwur Islam Tingkatan 5 (Tema 3)
Maklumat Ujian Prestasi
- Merangkumi topik Konsep Pengurusan, Syura, Pemimpin & Kenegaraan.
- Hanya 10 soalan akan ditapis dan diplih secara rawak.
- Huraian fakta tadbir urus disediakan bagi setiap jawapan.
Fakta Tadbir Urus
Penilaian Selesai
Laporan Prestasi Ujian Kefahaman Anda
Markah Keseluruhan
