NOTA MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 5 BAB 3 (BM)
BAB 3: Bacaan Riwayat Hafs
Perkara Yang Wajib Dijaga (Tariq As-Shatibiyyah)
As-Saktah (السكت)
Saktah bermaksud memutuskan suara (berhenti bacaan) sejenak tanpa mengambil nafas baharu, dengan niat untuk menyambung bacaan semula. Tanda Saktah di dalam Al-Quran Resam Uthmani ialah huruf Sin kecil (ۜ).
Terdapat 4 tempat Wajib Saktah bagi Riwayat Hafs (ketika Wasal):
1. Surah Al-Kahf (Ayat 1-2)
وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜ قَيِّمًا2. Surah Yasin (Ayat 52)
مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا3. Surah Al-Qiyamah (Ayat 27)
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ4. Surah Al-Mutaffifin (Ayat 14)
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَAl-Imalah & At-Tashil (الإمالة والتسهيل)
Al-Imalah (الإمالة)
Maksud Imalah: Menyondongkan sebutan baris Fathah ke arah Kasrah, dan menyondongkan huruf Alif ke arah Ya’. Bunyinya seakan-akan bunyi “e” (taling) dalam bahasa Melayu (Majreyha).
Tanda dalam Resam Uthmani: Bentuk wajik/potongan permata (♦) di bawah huruf Ra’. Hanya ada satu tempat sahaja bagi riwayat Hafs.
At-Tashil (التسهيل)
Maksud Tashil: Menyebut huruf Hamzah yang kedua dengan bunyi pertengahan antara huruf Hamzah dan Alif (tanpa bunyi hentakan hamzah yang jelas).
Tanda dalam Resam Uthmani: Titik bulat hitam/bulat mampat (●) di atas huruf Alif. Hanya ada satu tempat wajib bagi riwayat Hafs.
Al-Isymam & Ar-Roum (الإشمام والروم)
Kedua-dua hukum ini berlaku pada kalimah لَا تَأْمَنَّا dalam Surah Yusuf, Ayat 11. Kalimah asal sebelum diidghamkan ialah (لَا تَأْمَنُنَا).
Tanda dalam Resam Uthmani: Bentuk wajik (♦) diletakkan di atas sebelum huruf Nun bersabdu.
Cara 1: Al-Isymam (الإشمام)
Maksud: Memuncungkan kedua-dua bibir mulut ke hadapan tanpa mengeluarkan suara sejurus selepas mematikan huruf Nun pertama (yang diidghamkan), sebagai isyarat bahawa baris asalnya adalah Dhommah.
*Ini adalah cara bacaan yang paling utama (Muqaddam) bagi kalimah ini.
Cara 2: Ar-Roum (الروم) / Al-Ikhtilas
Maksud: Menyebut sebahagian baris Dhommah pada huruf Nun pertama dengan suara yang perlahan dan cepat, sehingga seolah-olah kedengaran 1/3 harakat sahaja. (Tidak diidghamkan secara sempurna).
Al-Alifat As-Sab’ (الألفات السبع)
Bermaksud Tujuh Alif. Terdapat 7 kalimah di dalam Al-Quran yang diakhiri dengan huruf Alif yang mempunyai tanda Sifar Mustatil (Bujur Memanjang 0).
Bila Wasal (Sambung): Alif DIGUGURKAN (tidak dibaca panjang).
Bila Waqaf (Berhenti): Alif DITETAPKAN (dibaca panjang 2 harakat).
*Khas: Jika waqaf, boleh dibaca dengan Alif atau disukunkan Lam.
*Perhatian: Hanya ‘Qawarira’ pertama di ayat 15. (‘Qawarira’ di ayat 16 gugur alif ketika wasal & waqaf).
Kuiz Tajwid Tingkatan 5
Bab 3: Bacaan Riwayat Hafs Toriq Asy-Syatibiyyah
Uji kefahaman anda tentang hukum bacaan khas seperti Saktah, Imalah, Tashil, Raum dan hukum-hukum lain dalam Riwayat Hafs.
