NOTA AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH TINGKATAN 5 BAB 2 (BM)

NOTA AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH TINGKATAN 5 BAB 2 (BM)

Nota LAM Tingkatan 5 – Unit 2

Nota KBD (Tingkatan 5) – Unit 2

الشَّبَابُ قَادَةُ المُسْتَقْبَلِ

Pemuda Pemimpin Masa Hadapan

Peranan Belia dalam Pembangunan

دَوْرُ الشَّبَابِ فِي التَّنْمِيَةِ

Belia adalah tunjang kekuatan dan masa depan sesebuah negara. Ayat Al-Quran (Surah Al-Kahfi: 13) memuji pemuda yang beriman dan berpendirian teguh.

﴿ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴾

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”
(Surah Al-Kahfi: 13)

Ciri-ciri Belia Ideal صِفَاتُ الشَّبَابِ
  • Berpegang teguh pada agama (المُتَمَسِّكُ بِالدِّينِ)
  • Berakhlak mulia (حَسَنُ الأَخْلَاقِ)
  • Mencintai ilmu pengetahuan (مُحِبٌّ لِلْعِلْمِ)
  • Berani kerana benar (شُجَاعٌ فِي الحَقِّ)
Tanggungjawab Belia مَسْؤُولِيَّةُ الشَّبَابِ
  • Mempertahankan kedaulatan negara
  • Menyumbang tenaga dalam ekonomi
  • Menjadi sukarelawan masyarakat
  • Menjauhi gejala sosial yang merosakkan

Ungkapan Lisan: Syarahan / Pidato

التَّعْبِيرُ الشَّفَوِيُّ: خُطْبَةٌ

Berikut adalah petikan teks pidato untuk mengasah kelancaran bertutur (الفَصَاحَة وَالطَّلَاقَة) berserta gaya bahasa (النَّبَرَات وَالتَّنْغِيمَات) yang betul.

Praktis Membaca
“أَيُّهَا الحَاضِرُونَ الكِرَامُ،
إِنَّ الشَّبَابَ هُمْ عِمَادُ الأُمَّةِ وَسِرُّ نَهْضَتِهَا.
بِسَوَاعِدِهِمْ تُبْنَى الأَوْطَانُ، وَبِعُقُولِهِمْ تَتَقَدَّمُ الحَضَارَاتُ.
لِذَلِكَ، يَجِبُ عَلَيْنَا أَنْ نَتَسَلَّحَ بِالعِلْمِ وَالإِيمَانِ لِنَكُونَ قَادَةً صَالِحِينَ فِي المُسْتَقْبَلِ.”

Terjemahan:

“Hadirin yang dihormati,
Sesungguhnya belia adalah tiang umat dan rahsia kebangkitannya. Dengan tangan merekalah negara dibina, dan dengan akal merekalah tamadun maju. Oleh itu, wajib ke atas kita melengkapkan diri dengan ilmu dan iman untuk menjadi pemimpin yang soleh pada masa hadapan.”

Penulisan: Kosa Kata & Idea Karangan

التَّعْبِيرُ التَّحْرِيرِيُّ
Kosa Kata Penting المُفْرَدَاتُ
  • قَادَةٌ : Pemimpin (Plural bagi قَائِد)
  • المُسْتَقْبَلُ : Masa hadapan
  • فِتْيَةٌ / شَبَابٌ : Pemuda / Belia
  • عِمَادٌ : Tiang / Asas
  • الأُمَّةُ : Umat / Bangsa
  • تَقَدُّمٌ : Kemajuan
Idea Utama Karangan الأَفْكَارُ

Gunakan struktur ini untuk menulis perenggan karangan:

1. Pendahuluan (المُقَدِّمَة):
Pemuda adalah harapan bangsa. (الشَّبَابُ أَمَلُ الأُمَّةِ)

2. Isi (المَوْضُوع):
– Menuntut ilmu di pelbagai bidang.
– Menjauhi gejala negatif seperti dadah dan membuang masa.

3. Penutup (الخَاتِمَة):
Seruan agar pemuda bangkit memimpin masa depan dengan takwa.

Tatabahasa: Kata Keterangan Masa & Tempat

القَوَاعِدُ: الظَّرْفُ

Az-Zhorfu (الظَّرْفُ) ialah kata nama bersabar atas (Isim Mansub) yang menunjukkan *masa* atau *tempat* berlakunya sesuatu perbuatan.

1. Zhorf Zaman (Masa) ظَرْفُ زَمَانٍ

Menunjukkan *waktu/masa* kejadian.

( صَبَاحًا، مَسَاءً، لَيْلًا، غَدًا، بُكْرَةً، أَصِيلًا، بَعْدَ )
2. Zhorf Makan (Tempat) ظَرْفُ مَكَانٍ

Menunjukkan *arah/tempat* kejadian.

( عِنْدَ، حَوْلَ، بَيْنَ، خَلْفَ، أَمَامَ، فَوْقَ، تَحْتَ، حَيْثُ )

Contoh & I’rab (الإِعْرَاب) dari Buku Teks:

الظَّرْف الإِعْرَاب (Huraian Tatabahasa) الجُمْلَة (Ayat)
صَبَاحًا ظَرْفُ زَمَانٍ مَنْصُوبٌ بِالفَتْحَةِ الظَّاهِرَةِ حَضَرَ الأُسْتَاذُ الاجْتِمَاعَ صَبَاحًا.
(Ustaz menghadiri mesyuarat pada waktu pagi)
لَيْلًا ظَرْفُ زَمَانٍ مَنْصُوبٌ بِالفَتْحَةِ الظَّاهِرَةِ يُؤَدِّي المُسْلِمُونَ صَلَاةَ التَّرَاوِيحِ لَيْلًا.
(Umat Islam menunaikan solat tarawih pada waktu malam)
بَعْدَ ظَرْفُ زَمَانٍ مَنْصُوبٌ بِالفَتْحَةِ الظَّاهِرَةِ سَيُسَلِّمُ المُدِيرُ الجَوَائِزَ بَعْدَ غَدٍ.
(Pengetua akan menyerahkan hadiah lusa / selepas esok)
حَيْثُ ظَرْفُ مَكَانٍ مَبْنِيٌّ عَلَى الضَّمِّ فِي مَحَلِّ نَصْبٍ أَزُورُكَ حَيْثُ تَكُونُ فِي البَيْتِ.
(Saya melawatmu di mana sahaja kamu berada di rumah)

* Nota: Kebanyakan Zhorf berbaris atas (مَنْصُوب بِالفَتْحَة). Namun, terdapat sebilangan kecil Zhorf yang kekal barisnya (مَبْنِيّ) seperti حَيْثُ (berbaris hadapan/Dhommah).

Kuiz Interaktif: Belia Pemimpin Masa Hadapan & Zharf

Kuiz Interaktif Tingkatan 5

Unit 2: Belia Pemimpin Masa Hadapan

الشَّبَابُ قَادَةُ المُسْتَقْبَلِ

Uji kefahaman anda berkaitan peranan pemuda Islam serta penguasaan tatabahasa Arab bagi tajuk Zharf (الظَّرْفُ).

10 Soalan Soalan & Jawapan Rawak