NOTA AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH TINGKATAN 5 BAB 5
Nota KBD (Tingkatan 5) – Unit 5
الإِسْلَامُ دِينُ الحَقِّ
Islam Agama Yang Benar
Kebenaran Agama Islam
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT. Ia adalah agama yang syumul (menyeluruh), sempurna, dan sesuai untuk setiap zaman dan tempat.
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih melainkan setelah sampai pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian di antara mereka…”
(Surah Ali ‘Imran: 19)
- Rabbaniyah (الرَّبَّانِيَّة): Bersumberkan wahyu Allah (Al-Quran & Sunnah).
- Syumuliyah (الشُّمُولِيَّة): Merangkumi ibadah, akhlak, muamalat, dan perundangan.
- ‘Alamiyyah (العَالَمِيَّة): Sesuai untuk seluruh umat manusia, bukan bangsa tertentu sahaja.
Ungkapan Lisan: Keindahan Islam
Gunakan petikan di bawah untuk melatih kelancaran bertutur (الفَصَاحَة) dan memahami intonasi yang tepat ketika menyampaikan hujah.
هُوَ الدِّينُ الَّذِي يَضْمَنُ حُرِّيَّةَ التَّعْبِيرِ،
وَيَحْظُرُ الِاعْتِدَاءَ عَلَى الآخَرِينَ.
وَيَجِبُ عَلَيْنَا أَنْ نَكُونَ قُدْوَةً حَسَنَةً لِغَيْرِ المُسْلِمِينَ.”
Terjemahan:
“Islam adalah agama kasih sayang dan rahmat. Ia adalah agama yang menjamin kebebasan bersuara, dan melarang pencerobohan ke atas orang lain. Dan wajib ke atas kita untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada orang bukan Islam.”
Penulisan: Kosa Kata & Sinonim/Antonim
Berdasarkan latihan di dalam buku teks, berikut adalah senarai kosa kata penting (Mufrodat), perkataan seerti (Muradif), dan perkataan berlawanan (Dhid) bagi Unit 5.
| تَأْثِيرٌ | Kesan / Pengaruh |
| طَمَحَ | Bercita-cita |
| مُنْحَرِفٌ | Terpesong / Sesat |
| بِدْعَةٌ | Perkara baru dlm agama |
| انْدَمَجَ | Bergabung / Bergaul |
- يَضْمَنُ = يَكْفُلُ (Menjamin)
- يُقَدِّمُ = يُعْطِي (Memberi)
- الكَرِيمُ البَخِيلُ (Pemurah x Kedekut)
- المُحْتَاجِينَ الأَغْنِيَاءَ (Asnaf x Orang Kaya)
Tatabahasa: Kemahiran Membina & Membetulkan Ayat
Selain daripada nahu asas, kemahiran terpenting dalam bahasa Arab tinggi adalah menyusun perkataan menjadi ayat yang sempurna (جُمْلَةٌ مُفِيدَةٌ) dan mengenal pasti kesalahan tatabahasa (Fi’il, Fa’il, dan Baris).
Latihan Pembinaan Ayat (تَكْوِينُ الجُمَلِ):
| الكَلِمَةُ (Perkataan) |
الجُمْلَةُ المُفِيدَةُ (Ayat Sempurna) |
|---|---|
| يَتَكَفَّلُ |
يَتَكَفَّلُ الإِسْلَامُ بِحُقُوقِ جَمِيعِ المَوَاطِنِينَ. (Islam menjamin hak-hak kesemua rakyat) |
| الِاسْتِقْرَارُ |
يُؤَدِّي العَدْلُ إِلَى الِاسْتِقْرَارِ فِي البِلَادِ. (Keadilan membawa kepada kestabilan di dalam negara) |
| المُجْتَمَعَاتُ |
تَتَعَاوَنُ المُجْتَمَعَاتُ الإِسْلَامِيَّةُ فِي عَمَلِ الخَيْرِ. (Masyarakat Islam bekerjasama dalam melakukan kebaikan) |
Tip Menyusun Ayat (Qawaid):
- Mulakan ayat dengan kata kerja (الفِعْل) diikuti oleh pembuat (الفَاعِل) untuk membentuk الجُمْلَة الفِعْلِيَّة.
- Pastikan kata kerja sepadan dengan jantina (Muzakkar/Muannath) pembuatnya. Contoh: يُخَالِفُ الرَّجُلُ (Lelaki) vs تُخَالِفُ المَرْأَةُ (Perempuan).
Penerangan
