NOTA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH TINGKATAN 4 BAB 1
Pendidikan Syariah Tingkatan 4
Nota interaktif merangkumi hukum, sebab nuzul, kaedah istinbat dan pengajaran ayat.
Surah An-Nur: Ayat 58-59
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِيَسْتَذِنَكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَنُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَثَ مَرَّاتٍ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَوَةِ الْعِشَاءِ ثَلَثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ…
Maksud: “Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dalam kalangan kamu meminta izin kepada kamu pada tiga waktu…”
Sebab Nuzul
- Kisah 1: Asma’ binti Marthad dan hambanya yang baligh masuk ke bilik secara tiba-tiba tanpa izin.
- Kisah 2: Mudlij bin Amr (hamba) dihantar Rasulullah menemui Saidina Umar RA ketika waktu tengah hari (waktu qailulah). Umar sedang berehat dan sebahagian aurat terselak lalu berasa kurang selesa.
Kaedah Istinbat
Daripada lafaz لِيَسْتَذِنَكُمُ (Hendaklah meminta izin).
Ulama merumuskan: Lafaz tersebut adalah Fi’il Mudhari’ berserta Lam Al-Amar yang menunjuk perintah. Setiap perintah menunjuk kepada Wajib. Oleh itu, wajib meminta izin sebelum memasuki bilik.
3 Waktu Larangan Masuk Tanpa Izin
Sebelum Subuh
Kebiasaan ibu bapa sedang tidur dan kemungkinan aurat terdedah adalah tinggi.
Tengah Hari (Qailulah)
Waktu ibu bapa berehat dan menukar pakaian kerana kepanasan.
Selepas Isyak
Masa ibu bapa bersiap untuk tidur dan berehat secara peribadi.
Kepentingan Menjaga Adab
- Menjaga aib dan kehormatan ibu bapa/keluarga.
- Mengelakkan fitnah dan keruntuhan moral (seperti sumbang mahram).
- Melahirkan kasih sayang (mahabbah) dalam keluarga.
- Membentuk masyarakat berdisiplin dan patuh syariat.
Surah Al-Baqarah: Ayat 172-173
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ…
Maksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah…”
Kaedah Istinbat
Daripada lafaz كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ (Makanlah dari makanan yang baik).
Ulama mengistinbatkan kewajipan kerana lafaz كُلُوا adalah bentuk Fi’il Al-Amar (kata perintah). Setiap perintah daripada syarak membawa maksud Wajib.
Kriteria Makanan Halal
- Tiada dalil yang mengharamkannya.
- Suci dan bersih (seperti buah-buahan).
- Tidak beracun atau memudaratkan.
- Haiwan disembelih mengikut syariat Islam.
Kriteria Makanan Haram
- Ada dalil yang mengharamkannya (cth: babi).
- Kotor atau najis (darah, nanah).
- Memudaratkan (beracun, mabuk).
- Bangkai atau haiwan mati tanpa sembelihan sah.
Kesan Penjagaan Makanan terhadap Syakhsiah
Surah Al-Hujurat: Ayat 6-7
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ…
Maksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu…”
Sebab Nuzul
Merujuk kepada kisah Al-Walid bin Uqbah yang diutus Rasulullah SAW untuk memungut zakat dari Bani Mustaliq.
Apabila Al-Walid tiba, dia disambut beramai-ramai. Namun disebabkan sejarah permusuhan zaman jahiliah, dia menyangka mereka ingin membunuhnya, lalu dia melarikan diri dan melapor palsu kepada Nabi kononnya mereka enggan bayar zakat. Apabila Nabi hantar utusan selidik, ternyata mereka benar, lalu turunnya ayat ini.
Kaedah Istinbat
Daripada lafaz فَتَبَيَّنُوا (Maka selidikilah).
Lafaz ini adalah Fi’il Al-Amar yang membawa maksud perintah. Memandangkan setiap perintah menunjuk kepada Wajib, maka umat Islam wajib menyelidik (tabayyun) kesahihan berita sebelum menyebarkannya.
Siapakah Fasik?
Fasik bermaksud menyimpang daripada sesuatu perkara atau perintah Allah.
- Meninggalkan perintah Allah & menyimpang dari jalan benar.
- Berterusan lakukan dosa kecil & dosa besar.
Kepentingan Tabayyun
Menjaga keamanan & rahsia negara.
Memelihara kewarasan dan maruah.
Mendidik berwaspada dgn info palsu.
Menjamin masyarakat berintegriti.
Surah An-Nur: Ayat 30-31
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ… وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ…
Maksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka… Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka…”
Sebab Nuzul
Riwayat Ibnu Mardawaih daripada Ali bin Abi Talib RA. Berlaku di kota Madinah, seorang lelaki saling bertentang mata dengan seorang wanita. Ketika asyik melihat wanita tersebut semasa berjalan, dia telah terlanggar tembok sehingga berdarah. Dia mengadu kepada Rasulullah SAW, lalu turunlah ayat ini.
Kaedah Istinbat
Daripada lafaz يَغُضُّوا (menyekat/menundukkan) dan يَحْفَظُوا (memelihara).
Lafaz ini adalah Jawab Al-Amar kepada lafaz قُل yang menunjukkan Wajib kerana ia berbentuk perintah. Oleh itu, wajib memelihara pandangan dan maruah diri.
Batas Aurat
Lelaki
Antara pusat hingga lutut.
Wanita Sesama Wanita
Antara pusat hingga lutut.
Wanita Bersama Ajnabi
Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Tindakan Memelihara Kehormatan
-
Sentiasa menutup aurat dengan sempurna dan patuh syariah.
-
Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
-
Tidak memandang perkara yang diharamkan.
-
Mengelakkan diri daripada terpengaruh ideologi negatif (cth: LGBT).
Kuiz Ayat Hukum
Uji kefahaman anda untuk Pendidikan Syariah Tingkatan 4 (Unit 1: Ayat Hukum).
10 soalan akan dipilih secara rawak daripada bank soalan kami.
Penerangan
Anda berjaya menjawab dengan betul
