NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 BAB 1
Unit 1: Kenali Moral
Pendidikan Moral Tingkatan 1
Pengenalan
Dalam unit ini, kita belajar tentang:
- Maksud moral melalui contoh.
- Perbezaan perlakuan baik, benar dan patut.
- Kepentingan berkelakuan baik, benar dan patut.
- Perasaan apabila berkelakuan baik, benar dan patut.
- Cara perlakuan baik, benar dan patut.
๐ Nilai-Nilai Murni
Rasional
Baik Hati
Kebebasan
Kesederhanaan
Bertanggungjawab
Konsep Moral
Moral berasal daripada bahasa Latin, iaitu mores. Perkataan ini bermaksud tingkah laku yang baik, betul dan diterima, sejajar dengan kehendak agama, norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.
MORAL
Diterima agama
Mengikut norma masyarakat
Tingkah laku baik/buruk & betul/salah
Berdasarkan peraturan & undang-undang
Contoh Tingkah Laku Bermoral
Menghormati guru
Memuliakan ibu bapa
Menziarahi jiran
Membantu rakan
Perbezaan Perlakuan Baik, Benar dan Patut
Individu yang bermoral seharusnya berkelakuan baik, benar dan patut dalam setiap tindakan mereka. Terdapat perbezaan yang jelas antara ketiga-tiga tingkah laku ini.
BAIK
Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.
Contoh: Tindakan Jefri melaporkan kesalahan rakannya kepada guru disiplin merupakan perbuatan yang baik.
BENAR
Tingkah laku yang betul berasaskan fakta dan bukti yang sah.
Contoh: Hoon Seng dan Irfan telah bercakap benar kerana mengakui perbuatan mereka menconteng dinding sekolah.
PATUT
Tingkah laku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat.
Contoh: Tindakan guru mengenakan hukuman ke atas mereka adalah patut setelah kesalahan dibuktikan.
“Semua orang perlu mengamalkan tingkah laku baik, benar dan patut dalam kehidupan harian. Pengamalan tingkah laku yang bermoral akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia dan sejahtera.”
Kepentingan Bertingkah Laku Baik, Benar dan Patut
BAIK
Hubungan dengan orang lain akan menjadi lebih mesra dan harmoni.
BENAR
Sentiasa dipercayai dan diyakini oleh orang lain dalam setiap situasi.
PATUT
Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat pada setiap masa.
Refleksi Diri:
“Adakah anda mengamalkan tingkah laku bermoral dalam kehidupan harian? Ingatlah, orang yang paling berkuasa ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.”
LUBUKSOALAN
Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Nota Interaktif
