NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 BAB 10

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 BAB 10

Nota Pendidikan Moral Tingkatan 2 – Unit 10
Pendidikan Moral Tingkatan 2

UNIT 10: GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT
MENJAMIN KEHARMONIAN BERSAMA

Minda Cerdas Bermula Dari Badan Yang Cergas

Apakah Gaya Hidup Sihat?

Gaya hidup sihat bermaksud amalan masyarakat yang mengutamakan penjagaan kesihatan badan serta pencegahan penyakit. Dengan usaha yang berterusan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas daripada penyakit.

Aktiviti & Amalan Gaya Hidup Sihat

Pemeriksaan Kesihatan

Melakukan pemeriksaan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan diri.

Melakukan Senaman

Bersenam membolehkan badan sentiasa cergas, minda menjadi cerdas dan berat badan terkawal.

Pemakanan Seimbang

Mengambil makanan mengikut Piramid Makanan untuk mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan badan.

Tidur Yang Cukup

Merehatkan fizikal dan mental selepas seharian melakukan aktiviti. 8 jam sehari adalah disarankan.

Kesan Amalan Gaya Hidup Sihat

Kebaikan yang diperoleh apabila kita dan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang positif.

Meningkatkan Tahap Kesihatan

Badan bebas daripada pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Kesihatan Mental Stabil

Mengurangkan tekanan (stres), emosi lebih tenang, stabil dan dapat berfikir secara rasional.

Menjimatkan Kos Perubatan

Apabila badan sihat, kita tidak perlu kerap ke klinik atau hospital, sekaligus menjimatkan wang perbelanjaan.

Mewujudkan Masyarakat Harmoni

Masyarakat yang sihat dapat bekerja dengan produktif dan mengelakkan diri dari gejala sosial yang negatif.

Info Ekstra

Amalan Pemakanan Berkhasiat

Panduan asas pemakanan sihat berdasarkan jadual statistik penyakit.

Kurangkan Pengambilan

  • Makanan tinggi gula (Boleh menyebabkan kencing manis).
  • Makanan tinggi garam (Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi).
  • Makanan berminyak / berlemak tinggi (Penyumbang kolesterol).

Lebihkan Pengambilan

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
  • Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks (oat, roti penuh bijirin).

Cadangan Nilai

Nilai-nilai ini membantu membentuk displin diri dalam menjaga kesihatan.

Harga Diri

Kerajinan

Bertanggungjawab

Berdikari

Kesederhanaan

Direka khas untuk pelajar berprestasi cemerlang

LUBUKSOALAN

Kuiz Moral Tingkatan 2 – Unit 10

Kuiz Moral Ting. 2

Unit 10: Gaya Hidup Sihat dan Selamat Menjamin Keharmonian

Uji minda anda mengenai kepentingan penjagaan pemakanan, senaman, keselamatan, serta perlakuan menjauhi gejala sosial negatif.

  • 10 Soalan Ujian (Dipilih Rawak)
  • Kedudukan Jawapan Dirawak
  • Fakta Jawapan Disertakan