NOTA SAINS TAHUN 2 BAB 2

NOTA SAINS TAHUN 2 BAB 2

Sains Tahun 2: Unit 2 Peraturan Bilik Sains
⚠️
Sains Tahun 2

Unit 2: Peraturan Bilik Sains

Utamakan Keselamatan & Kebersihan Setiap Masa!

⭐
Markah Bintang
0

🎡 Lagu Peraturan Bilik Sains (Muka Surat 17)

Rangkap 1
Sisa kering sisa cecair,
Mesti dibuang jangan simpan,
Alat dan bahan dah digunakan,
Mesti dicuci dan keringkan.
Rangkap 2
Semasa siasatan dijalankan,
Patuhi semua arahan,
Keselamatan diutamakan,
Peraturan Bilik Sains kita amalkan.

πŸ“Œ Saya Ingat: 8 Peraturan Bilik Sains (Muka Surat 22)

Peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi bagi memastikan Bilik Sains sentiasa bersih, kemas, tersusun dan selamat:

1
Jaga kebersihan dan keselamatan setiap masa.
2
Bersihkan semua alat dan radas selepas digunakan.
3
Simpan alat dan radas ke tempat asalnya semula selepas digunakan.
4
Buang sisa pepejal dan sampah ke dalam bakul sampah.
5
Buang sisa cecair ke dalam singki dengan air paip mengalir.
6
Maklumkan kepada guru jika ada murid yang tercedera.
7
Maklumkan kepada guru jika alat dan radas rosak atau pecah.
8
Tinggalkan beg di luar. Bawa buku dan alat tulis yang dibenarkan sahaja masuk ke dalam Bilik Sains.
LUBUKSOALAN Modul Sains Interaktif Sekolah Rendah (Tahun 2 – Unit 2: Peraturan Bilik Sains)
Kuiz Interaktif Sains Tahun 2: Peraturan Bilik Sains

πŸ›‘οΈ SAINS TAHUN 2: UNIT 2

⚠️πŸ₯½πŸ§ͺ
PERATURAN BILIK SAINS

Kuiz Interaktif Sains

Uji kefahaman kamu tentang Peraturan Bilik Sains dan langkah-langkah keselamatan berdasarkan buku teks Sains Tahun 2!

10
SOALAN KUIZ
20
BANK SOALAN
Soalan 1 / 10 Markah: 0
πŸ›‘οΈ
Memuatkan soalan…
πŸ’‘ Penerangan:
πŸ†

Keputusan Kuiz Kamu

10/10
MARKAH