NOTA BM TAHUN 3 BAB 6
๐ Unit 6: Minda Positif Badan Aktif
Bina keyakinan diri, jaga kesihatan dan aktif bersukan bersama Hanif & Saiful!
๐ธ Aromaterapi
Hanif telah membaca sebuah artikel tentang aromaterapi lalu berkongsi maklumat tersebut dengan Saiful. Tekan butang ๐ Dengar Artikel, kemudian bantu Hanif menjawab soalan bertumpu daripada Saiful!
Aromaterapi ialah rawatan yang menggunakan titisan minyak pati tumbuhan. Aromaterapi dilakukan dengan cara urutan di badan, dihidu wapnya atau dititiskan ke dalam air mandian. Rawatan aromaterapi memberikan kesan positif kepada emosi dan psikologi individu. Sebagai contoh, minyak pati lavender mampu memberikan ketenangan minda. Khasiat pati tumbuhan lada hitam dan serai wangi pula boleh melancarkan peredaran darah.
๐ฌ Berikan Respons terhadap Soalan Bertumpu Saiful:
Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
Unit 6: Minda Positif Badan Aktif
Mari uji kefahaman adik-adik melalui petikan Aromaterapi, Yakin Boleh, Elakkan Kuman, Cergas dan Cerdas (Kata Sendi Nama), Kembara Sihat (Kata Arah), Gejala Taun, Penilaian serta Hari Sukan Negara!
Tahniah, Kuiz Selesai!
Syabas! Anda telah menjawab semua soalan dengan sangat baik.
