NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 BAB 1
باچ ايكوت كورو دان دغر باچاءن قاريء
Baca ikut guru dan tekan ayat untuk mendengar bacaan Qari (Mishary Rashid Alafasy).
اينفو سورة الكافرون
-
• سورة يغ ك-109 دان مغندوغي 6 اية.
• Surah yang ke-109 dan mengandungi 6 ayat.
-
• سورة اين دتورونكن دمكة (سورة مكية).
• Surah ini diturunkan di Mekah (Surah Makkiyyah).
-
• منجلسكن تنتغ تاورن اورغ كافير كفد نبي محمد ﷺ سوفايا منيغكلكن اجرن إسلام دان مغيكوت اجرن مريك.
• Menjelaskan tentang tawaran orang kafir kepada Nabi Muhammad SAW supaya meninggalkan ajaran Islam dan mengikut ajaran mereka.
روموسن دان نيلاي
كيت دكالقكن ممباچ سورة الكافرون سباكاي ساله ساتو فندينديغ درفد كغكوان شيطان دان فربواتن سيحير.
Rumusan: Kita digalakkan membaca Surah Al-Kafirun sebagai salah satu pendinding daripada gangguan syaitan dan perbuatan sihir.
Nilai: Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti bacaan.
فنديديقن إسلام تاهون 3
ممباچ سُورَةُ الكَافِرُونَ
Membaca Surah Al-Kafirun
تست كفهمن دان باچاءن سورة الكافرون دغن منجواب سوءالن كوءيز دباوه!
10 سوءالن
(داري 20 بڠك سوءالن)
ادا فنرغن جوافن
(موده ديفهمي)
فنرغن جوافن:
كفوتوسن كوءيز اندا
جوافن بتول / جومله سوءالن
💡 ايغتن برسام (روموسن باب):
كيت دكالقكن ممباچ سورة الكافرون سباكاي ساله ساتو فندينديغ درفد كغكوان شيطان دان فربواتن سيحير.
