NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 BAB 13

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 BAB 13

فنديديقن إسلام تاهون 3: عبادة — برسوچي درفد حدث
بيدغ عبادة • اونيت ١: برسوچي درفد حدث
Bidang Ibadah • Unit 1: Bersuci Daripada Hadas (Tahun 3 • m/s 80–85)
مقصود حدث (م/س ٨٠)

حدث اياله ككوتورن مَعْنَوِي قد ديري سسأورغ يغ مغهالغ صحث عبادة يغ دشرطكن برسوچي. چونتوه: صلاة، طواف دان مينتوه القرءان.

Maksud Hadas: Kekotoran maknawi pada diri seseorang yang menghalang sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci. Contoh: solat, tawaf dan menyentuh Al-Quran.

اينفو ككوتورن مَعْنَوِي

ككوتورن يغ تيدق بوليه دچافاي اوليه دريا سفرتي برحدث كچيل اتاو بسر.

Kekotoran yang tidak boleh dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

فمبهاكين حدث (م/س ٨٠)
١. حدث بسر مندي واجب

چارا برسوچي اداله دغن مندي واجب.

Hadas Besar: Cara bersuci adalah dengan mandi wajib.

٢. حدث كچيل بروضوء

چارا برسوچي اداله دغن بروضوء.

Hadas Kecil: Cara bersuci adalah dengan berwuduk.

حكوم & دليل نقلي • m/s 81

حكوم برسوچي درفد حدث اياله واجب

Hukum bersuci daripada hadas ialah WAJIB berdasarkan Dalil Naqli (Surah Al-Ma’idah 5:6).

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا …
(سورة المائدة ٥: ٦)

مقصودث: جك كامو برجنب، مك برسوچيله.

Maksudnya: Jika kamu berjunub, maka bersucilah.

٦ سبب برحدث بسر • m/s 81

سبب برحدث بسر (كليك ستياف كد اونتوق مقصودث!)

Klik setiap daripada 6 sebab berhadas besar untuk membaca penerangan Info Buku Teks m/s 81.

LS LUBUKSOALAN

مودول اينتراكتيف فنديديقن إسلام تاهون ٣ (بيدغ عبادة: برسوچي درفد حدث)

Modul Interaktif Pendidikan Islam Tahun 3 • Mesra WordPress & Peranti Mudah Alih

كوءيز اينتراكتيف عبادة: برسوچي درقد حدث – تاهون 3

فنديديقن إسلام تاهون 3

اونيت 1: عبادة

برسوچي درقد حدث

تست كفهمن مقصود حدث، فمبهاكين حدث، سبب برحدث بسر، لارغن، قاعده مندي واجب دان كفنتيغنڽ!

📝

10 سوءالن

(داري 20 بڠك سوءالن)

💡

ادا فنرغن جوافن

(موده ديفهمي)

✨ LUBUKSOALAN ✨