Makmal Maya Kimia Tingkatan 5 Bab 1 1e

Makmal Maya Kimia Tingkatan 5 Bab 1 1e

Eksperimen 1e: Kesan Logam Lain ke atas Pengaratan

Makmal Maya: Eksperimen Kakisan Logam
🧪

Makmal Maya SPM Chemistry

Eksperimen 1e: Kakisan Logam & Pengaratan Besi

Simulasi Visual 2D

Kesan Logam Lain Ke Atas Pengaratan Besi

Hari: 0 / 5
Sila pilih pasangan logam di bawah.
Biru Tua (Fe²⁺ / Berkarat)
Merah Jambu (OH⁻ / Dilindungi)
Siri Elektropositif Logam (Kecenderungan Menderma Elektron):
Mg > Zn > Fe > Cu > Ag

🔵 Fungsi Kalium Heksasianoferat(III)

Penunjuk ini mengesan kehadiran ion Ferum(II), Fe²⁺. Kemunculan wujudnya warna biru tua (Prussian blue) membuktikan besi mengalami pengoksidaan (berkarat).

🌸 Fungsi Fenolftalein

Penunjuk ini mengesan kehadiran ion hidroksida, OH⁻. Kemunculan warna merah jambu menunjukkan molekul air dan oksigen menerima elektron (penurunan), bermaksud besi dilindungi.

📌 Kesimpulan Utama:

  • Apabila besi bersentuhan dengan logam lebih elektropositif (Mg, Zn), logam tersebut menderma elektron. Besi TIDAK BERKARAT (Perlindungan Katod / Logam Korban).
  • Apabila besi bersentuhan dengan logam kurang elektropositif (Cu, Ag), besi dipaksa menderma elektron terlebih dahulu. Besi BERKARAT LEBIH CEPAT.
Eksperimen Interaktif Makmal Maya Kimia SPM • Disediakan untuk Pembelajaran Berkesan