NOTA AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH TINGKATAN 5 BAB 10 (BM)
Nota KBD (Tingkatan 5) – Unit 10
الحُدُودُ الشَّرْعِيَّةُ فِي الإِسْلَامِ
Hukuman & Undang-Undang Syariah dalam Islam
Pengenalan Perundangan Islam
Hukuman dalam Islam dicipta bukanlah untuk menzalimi manusia, tetapi untuk melindungi masyarakat daripada jenayah, menjaga keharmonian, dan memberikan pengajaran (ta’dib) kepada penjenayah.
“Maka hendaklah mereka yang ingkar (menyalahi) perintahNya beringat, bimbang mereka akan ditimpa fitnah bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah An-Nur: 63)
- Memelihara Agama (حِفْظُ الدِّينِ): Mencegah murtad dan ajaran sesat.
- Memelihara Nyawa (حِفْظُ النَّفْسِ): Mengenakan hukuman Qisas terhadap pembunuhan.
- Memelihara Akal (حِفْظُ العَقْلِ): Mengharamkan dan menghukum peminum arak.
- Memelihara Harta (حِفْظُ المَالِ): Mengenakan hukuman potong tangan bagi pencuri.
Ungkapan Lisan: Keadilan Syariah
Berlatih menyuarakan pendapat dan hujah secara ilmiah (Berpidato/Syarahan) untuk mempertahankan keadilan syariat Islam terhadap persepsi yang salah.
إِنَّ شَرِيعَةَ اللَّهِ هِيَ الأَعْدَلُ.
تَطْبِيقُ الحُدُودِ لَيْسَ لِلظُّلْمِ أَوْ الاِنْتِقَامِ،
بَلْ لِتَأْدِيبِ المُجْرِمِينَ وَزَجْرِ الجَرَائِمِ
لِنَعِيشَ فِي أَمْنٍ وَسَلَامٍ.”
Terjemahan Hujah:
“Wahai rakan-rakan yang mulia, sesungguhnya syariat Allah itu adalah yang paling adil. Pelaksanaan hudud (undang-undang jenayah) bukanlah untuk kezaliman atau balas dendam, sebaliknya ia adalah untuk mendidik para penjenayah dan mencegah jenayah (dari berulang), agar kita dapat hidup di dalam keamanan dan kesejahteraan.”
Penulisan: Kosa Kata Perundangan
Kuasai kosa kata perundangan dan mahkamah di bawah (berdasarkan latihan di hujung buku teks) untuk kegunaan pembinaan ayat dan kefahaman petikan teks.
| المَحْكَمَةُ الشَّرْعِيَّةُ | Mahkamah Syariah |
| القَاضِي | Hakim |
| المُجْرِمُ | Penjenayah |
| الجَرِيمَةُ | Jenayah |
| عَذَابٌ أَلِيمٌ | Azab/Seksa yang pedih |
- العَدْلُ (Keadilan) الظُّلْمُ (Kezaliman)
- الأَمْنُ (Keamanan) الخَوْفُ (Ketakutan)
- المَفَاسِدُ (Kerosakan) المَصَالِحُ (Kebaikan)
Tatabahasa: Kata Syarat (Jika… Maka)
Definisi (أَدَوَاتُ الشَّرْطِ الجَازِمَةُ):
Alat/Kata Syarat yang menghubungkan dua ayat (Sebab & Akibat). Ayat pertama dipanggil Fi’il Syarat (Syaratnya), manakala ayat kedua dipanggil Jawab Syarat (Akibat/Balasannya).
Alat Syarat ini akan menjazamkan (mematikan baris) kedua-dua kata kerja (Fi’il Mudhori’) tersebut.
Contoh Ayat Syarat Hukuman & Balasan:
| أَدَاةُ الشَّرْطِ (Alat Syarat) |
فِعْلُ الشَّرْطِ (السَّبَب) (Perbuatan) |
جَوَابُ الشَّرْطِ (النَّتِيجَة) (Balasan/Hukuman) |
|---|---|---|
| مَنْ (Sesiapa) |
يَسْرِقْ (yang mencuri) |
فِي الإِسْلَامِ، تُقْطَعْ يَدُهُ. (maka dipotong tangannya) |
| إِنْ (Jika) |
تَتَّقِ اللَّهَ (kamu bertakwa kpd Allah) |
تُنْجَ فِي الآخِرَةِ. (kamu diselamatkan di akhirat) |
| مَا (Apa sahaja) |
تَفْعَلْ مِنْ خَيْرٍ (yg kamu buat dari kebaikan) |
يَعْلَمْهُ اللَّهُ. (Allah akan mengetahuinya) |
Perhatikan Perubahan Baris (Jazam):
Fi’il (Kata kerja) yang terletak selepas alat syarat akan di-*Jazam*kan (dimatikan). Terdapat dua tanda Jazam utama:
1. Sukun (Tanda Mati): Untuk kata kerja biasa. Contoh: يَسْرِقُ berubah menjadi يَسْرِقْ.
2. Membuang Huruf Illah (و، ا، ي): Untuk kata kerja yang berakhir dengan huruf lemah. Contoh: تَتَّقِي berubah menjadi تَتَّقِ.
Penerangan
