NOTA AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH TINGKATAN 5 BAB 9 (BM)
Nota KBD (Tingkatan 5) – Unit 9
الحَجُّ شِعَارُ الوَحْدَةِ
Haji Syiar Perpaduan Umat
Pensyariatan Haji & Kesatuan
Ibadah Haji merupakan rukun Islam kelima yang menghimpunkan jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia di satu tempat, dengan satu matlamat, iaitu menyembah Allah SWT.
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”
(Surah Al-Hajj: 27)
- Pakaian Ihram (لِبَاسُ الإِحْرَامِ): Semua jemaah memakai pakaian putih yang sama, melambangkan kesamarataan (tiada beza kaya/miskin).
- Tawaf (الطَّوَافُ): Mengelilingi Kaabah dalam satu arah menunjukkan kesatuan matlamat umat Islam.
- Wuquf di Arafah (الوُقُوفُ بِعَرَفَةَ): Mengingatkan manusia kepada perhimpunan di Padang Mahsyar kelak.
Ungkapan Lisan: Seruan Haji
Hayati dan latih ungkapan *Talbiyah* (Lafaz sahutan jemaah haji) dengan intonasi (التَّنْغِيمَات) yang penuh penghayatan.
لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ،
إِنَّ الْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْكَ،
لَا شَرِيكَ لَكَ”
Maksud:
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, begitu juga kerajaan. Tiada sekutu bagi-Mu.”
Penulisan: Kosa Kata Haji
Senarai kosa kata yang berkaitan dengan ibadah Haji (Mufrodat) untuk kegunaan dalam penulisan karangan (Insya’).
| الحُجَّاجُ | Jemaah Haji (Ramai) |
| مَكَّةُ المُكَرَّمَةُ | Kota Mekah yang mulia |
| الطَّوَافُ | Mengelilingi Kaabah |
| السَّعْيُ | Berjalan ulang alik Safa & Marwah |
| رَمْيُ الجَمْرَةِ | Melontar jamrah (batu) |
Tatabahasa: Gaya Bahasa Kagum/Tanda Seru
Uslub At-Ta’ajjub (أُسْلُوبُ التَّعَجُّبِ):
Ia adalah gaya bahasa yang digunakan untuk meluahkan rasa kagum, takjub, atau hairan terhadap sesuatu sifat (seperti “Alangkah cantiknya!”, “Alangkah panasnya!”). Ia mesti diakhiri dengan tanda seru (!).
- مَا أَفْعَلَهُ ! (Diikuti dengan baris atas/Fathah)
- أَفْعِلْ بِهِ ! (Diikuti dengan Huruf Jar بِـ dan baris bawah/Kasrah)
Contoh & Bentuk Wazan:
| الوَزْن (Formula) |
الأَمْثِلَة مِنَ الكِتَابِ (Contoh dari Buku Teks m/s 147) |
|---|---|
| مَا أَفْعَلَ… ! | مَا أَشَدَّ الحَرَارَةَ فِي الصَّيْفِ ! |
| مَا أَجْمَلَ الإِسْتِقْلَالَ ! | |
| مَا أَسْعَدَ مَنْ بَرَّ وَالِدَيْهِ ! | |
| أَفْعِلْ بِـ… ! | أَفْضِلْ بِـالوَدُودِ ! |
| أَكْبِرْ بِـالإِسْتَادِ ! | |
| أَرْوِعْ بِـدَرَّاجَتِكَ الجَدِيدَةِ ! |
Tip Peperiksaan (Betulkan Kesalahan):
Dalam latihan peperiksaan “Betulkan Kesalahan” (تَصْحِيحُ الخَطَأِ), perkataan yang terletak selepas wazan مَا أَفْعَلَ mesti dibariskan dengan Fathah (Baris Atas/Mansub).
❌ Salah: مَا أَنْفَعَ هِوَايَةُ القِرَاءَةِ ! (Baris dhommah ‘tu’ adalah salah)
✅ Betul: مَا أَنْفَعَ هِوَايَةَ القِرَاءَةِ !
❌ Salah (Muthanna): مَا أَطْيَبَ الطَّالِبَانِ ! (Alif Nun adalah untuk Rofa’)
✅ Betul (Muthanna): مَا أَطْيَبَ الطَّالِبَيْنِ ! (Mansub dengan Ya’ Nun)
Penerangan
