NOTA BM TAHUN 2 BAB 23
Unit 23: Amalan Baik di Sekolah
Mari belajar bersama-sama Kok Bun, Elis dan Cikgu Suraya tentang keberanian mengakui kesalahan, nilai murni lagu sekolah, menghargai masa, lagu “Amal Sikap Terpuji”, Kata Ganda di perpustakaan serta Ayat Penyata!
๐ Minta Maaf, Cikgu โ Berani Mengakui Kesalahan Sendiri
Kok Bun secara tidak sengaja telah mengoyakkan kulit buku cerita yang dipinjamnya. Dia berani dan jujur berjumpa dengan Cikgu Maria untuk meminta maaf. Klik pada 3 Babak Perbualan di bawah!
“Selamat pagi, Kok Bun. Kamu hendak ke mana? Mengapa?”
“Selamat pagi, Elis. Saya hendak berjumpa dengan Cikgu Maria kerana saya terkojyakkan kulit buku cerita yang dipinjam daripada beliau secara tidak sengaja.”
๐ถ Lagu: “Marilah Kawan-kawanku” (Nilai Murni)
Mari nyanyikan lagu “Marilah Kawan-kawanku” mengikut irama lagu “Kalau Rasa Gembira” sambil mengenal pasti Nilai Murni bagi setiap rangkap!
Patuhilah peraturan sekolah
Peraturan sekolah jangan kita abaikan
Marilah kita patuhi bersama.
Kita patuhi masa belajar
Mesti tekun belajar dengar nasihat cikgu
Janganlah kita leka dan lalai.
Berilah tumpuan kepada cikgu mengajar
Usah mengganggu kawan-kawanmu di sebelah
Jauhilah sikap yang tidak baik.
Jagalah kemudahan di sekolah
Kemudahan sekolah untuk kita gunakan
Marilah kita jaga bersama.
โฐ Menghargai Masa โ Mengedit dan Memurnikan Penggunaan Kata
Terdapat 10 perkataan yang kurang tepat (dicetak berwarna biru dalam buku teks) pada petikan “Menghargai Masa”. Klik pada setiap kad di bawah untuk melihat padanan Penggunaan Kata yang Tepat!
๐ Teks Lengkap: Menghargai Masa
๐ Lagu: “Amal Sikap Terpuji”
Mari menyanyi sambil bertepuk tangan mengikut rentak lagu “Jong Jong Inai”!
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji (2 kali)
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
Sikap yang baik amalkanlah selalu.
Hormati cikgu hormati rakan
Barulah kita dihormati orang (2 kali)
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
(Sikap yang baik amalkanlah selalu.)
Amalkan sikap bekerjasama
Kerja yang sukar akan menjadi mudah (2 kali)
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji
(Sikap yang baik amalkanlah selalu.)
๐คซ Menjaga Adab di Perpustakaan โ Kata Ganda
Elis dan rakan-rakannya ke perpustakaan untuk mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Keadaan di dalam perpustakaan itu sunyi sepi. Mereka tidak berbual-bual walaupun tiada guru di situ. Klik pada 8 Perkataan pada Gambar di bawah untuk membentuk Kata Ganda!
terang → terang-benderang
“Lampu di dalam perpustakaan itu dipasang supaya terang-benderang dan memudahkan murid-murid membaca buku.”
๐ Cerita Lengkap dengan Kata Ganda
Elis dan rakan-rakannya ke perpustakaan untuk mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Keadaan di dalam perpustakaan itu sunyi sepi. Semua murid tekun membaca buku. Mereka tidak berbual-bual walaupun tiada guru di situ.
Ruang perpustakaan itu terang-benderang. Pada dinding perpustakaan terdapat lukisan pemandangan gunung-ganang, beburung (burung-burung) dan rama-rama (rerama) yang cantik.
Buku-buku yang berwarna-warni disusun dengan kemasnya di dalam rak-rak buku. Murid-murid membaca buku dengan tekunnya. Jika hendak bertanya sesuatu, mereka hanya berbisik-bisik supaya tidak mengganggu rakan lain.
๐ Sifat Murid yang Baik โ Membina Ayat Penyata
Cikgu Suraya bersoal jawab dengan Elis dan rakan-rakannya di dalam kelas: “Murid-murid, apakah sifat-sifat baik yang perlu ada pada seseorang murid?” Klik pada 5 Kad Sifat Murid yang Baik di bawah untuk mendengar Ayat Penyata yang lengkap!
“Murid yang baik akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.” ๐
“Dia tidak meniru jawapan kawan semasa peperiksaan berjalan.” ๐
“Murid yang bertanggungjawab rajin mengutip sampah yang terjatuh di kawasan sekolah.” ๐
“Murid yang berdisiplin sentiasa datang awal ke sekolah sebelum loceng berbunyi.” ๐
“Dia sentiasa mengepam tandas selepas menggunakannya bagi menjaga kebersihan kemudahan di sekolah.” ๐
Unit 23: Amalan Baik di Sekolah
Kuiz Amalan Baik di Sekolah
Uji kefahaman anda tentang Minta Maaf Cikgu, lagu Marilah Kawan-kawanku, Menghargai Masa, Amal Sikap Terpuji, Kata Ganda, serta Ayat Penyata!
Soalan akan dipaparkan di sini…
Penerangan jawapan…
Keputusan Kuiz Anda
Skor Betul
Tahniah atas usaha yang sangat hebat!
