NOTA BM TAHUN 3 BAB 3
๐ Unit 3: Kenangan Manis
Belajar sambil mengimbau kenangan manis bersama keluarga Nabila & Nasri!
๐ Penghubung Kasih
Keluarga Nabila hendak ke rumah pak long. Semasa dalam perjalanan, mereka telah singgah di gerai buah-buahan. Tekan ๐ Dengar dan kenal pasti Ayat Tunggal serta Ayat Majmuk!
“Gerai ini menjual buah-buahan. Kamu dan Nasri suka akan buah limau. Pilihlah buah limau madu atau limau bali.”
“Baiklah, ayah. Saya memilih buah limau madu. Saya suka akan buah limau madu kerana rasanya manis dan berkhasiat.”
Ayah: “Buah limau madu di sana. Ayah hendak membelikan pak long buah mangga dan rambutan sebagai buah tangan.”
Nasri: “Ayah, apakah maksud buah tangan?”
Ayah: “Buah tangan ialah sesuatu yang kita bawa ketika menziarahi seseorang.”
๐ฏ Uji Minda 1: Ayat Tunggal atau Ayat Majmuk?
Kenal pasti jenis setiap ayat daripada perbualan di gerai buah-buahan:
Tema 1: Kekeluargaan
Unit 3: Kenangan Manis
Mari uji kefahaman adik-adik melalui petikan Penghubung Kasih, Kem Bestari, Kenangan di Kem Bestari, Kata Kerja Aktif Transitif & Tak Transitif, Kata Kerja Pasif serta Pemulihan & Pengayaan!
Tahniah, Kuiz Selesai!
Syabas! Anda telah menjawab semua soalan dengan sangat baik.
