Nota Ekonomi Tingkatan 4 Bab 3: Wang, Bank Dan Pendapatan Individu

Wang, Bank & Pendapatan Individu
Terokai fungsi wang dan institusi kewangan, fahami jenis-jenis pendapatan, dan bagaimana merancang pengurusan kewangan peribadi anda.
Fungsi Wang & Institusi Bank
Wang merupakan sebarang komoditi yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran. Sebelum wang dicipta, manusia menggunakan sistem barter.
4 Fungsi Utama Wang:
Memudahkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan tanpa perlu kehendak serentak (seperti sistem barter).
Wang membolehkan harga setiap barang dinilai dan dibandingkan dengan mudah dalam unit yang sama (contoh: RM).
Sifat wang yang tahan lama dan stabil membolehkan kekayaan disimpan untuk penggunaan masa hadapan.
Wang membolehkan urus niaga secara kredit/ansuran dilakukan kerana nilainya dijangka stabil pada masa depan.
Institusi Perbankan
Bank Pusat (BNM)
- Mengeluarkan mata wang negara (Ringgit Malaysia).
- Mengawal kestabilan nilai mata wang.
- Jurubank kepada kerajaan (mengurus hutang/akaun negara).
- Jurubank kepada bank perdagangan (sumber pinjaman terakhir).
Bank Perdagangan
- Menerima deposit (Simpanan Tetap, Semasa, Tabungan).
- Memberi pinjaman (Overdraf, Pinjaman peribadi/perumahan).
- Menerima dan membuat bayaran (Cek, Pindahan kredit).
- Perkhidmatan lain (Tukar wang asing, Kad kredit/debit).
Pendapatan Individu
Pendapatan individu ialah ganjaran yang diterima oleh individu dalam tempoh masa tertentu hasil daripada sumbangan faktor pengeluaran (Produk) atau tanpa sumbangan (Bayaran Pindahan).
Upah / Gaji
Ganjaran kepada buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental (Cth: Gaji bulanan polis, doktor, kerani).
Untung
Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko perniagaan (Cth: Keuntungan kedai runcit).
Sewa
Ganjaran kepada pemilik aset tetap atau tanah (Cth: Sewa rumah, sewa bangunan kedai).
Faedah
Ganjaran kepada pemilik modal wang (Cth: Faedah dari akaun simpanan bank).
Dividen
Ganjaran kerana membeli/melabur saham dalam sesebuah syarikat atau institusi kewangan (Cth: Dividen ASB, Tabung Haji).
Bayaran Pindahan
Pendapatan yang diterima tanpa menyumbang sebarang faktor pengeluaran (Cth: Biasiswa, Pencen pesara, Bantuan sara hidup).
Potongan Wajib & PBG
Tidak semua gaji kasar yang diterima boleh dibelanjakan. Sebahagiannya perlu ditolak mengikut peruntukan undang-undang negara. Ini dipanggil Potongan Wajib.
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Potongan untuk simpanan hari tua/persaraan pekerja. Pekerja (11%) & Majikan (12/13%).
PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)
Caruman untuk perlindungan insurans (bencana pekerjaan / keilatan) jika kemalangan semasa kerja.
Cukai Pendapatan (LHDN)
Dikenakan ke atas individu yang layakkan dikenakan cukai. Digunakan oleh kerajaan untuk bangunkan negara.
Zakat (Bagi Umat Islam)
Pembersihan harta/pendapatan. Kutipan akan diagihkan kepada golongan asnaf.
Pendapatan Boleh Guna (PBG)
PBG ialah baki pendapatan yang sebenar-benarnya boleh digunakan oleh individu untuk dibelanjakan atau disimpan.
Penggunaan: Keperluan vs Kehendak
Sebahagian daripada Pendapatan Boleh Guna (PBG) akan digunakan untuk membeli barang keperluan dan kehendak. Bakinya akan dijadikan simpanan.
| Aspek | Keperluan | Kehendak |
|---|---|---|
| Maksud | Barang asas untuk terus hidup. | Barang untuk hidup lebih selesa / bermewah. |
| Kuantiti | Terhad. | Tidak terhad (mengikut cita rasa). |
| Pengganti | Tiada barang pengganti. | Mempunyai banyak pilihan pengganti. |
| Contoh | Makanan (beras), pakaian, tempat tinggal. | Jam berjenama, kereta mewah, percutian luar negara. |
Belanjawan Peribadi
Anggaran kewangan yang merekodkan segala perancangan pendapatan dan perbelanjaan seseorang untuk suatu tempoh (contoh: sebulan). Formula asas:
Kepentingan Belanjawan Peribadi:
- Mengelakkan pembaziran wang.
- Membantu mencapai matlamat kewangan.
- Mengawal perbelanjaan (elak berhutang).
- Menggalakkan amalan menabung secara tetap.
Simpanan & Pelaburan Peribadi
Baki daripada Pendapatan Boleh Guna setelah ditolak Perbelanjaan Penggunaan akan dijadikan simpanan atau dilaburkan untuk masa depan.
Simpanan
Menyimpan sebahagian pendapatan di institusi kewangan yang dijamin selamat.
Pelaburan
Menggunakan wang simpanan untuk membeli aset kewangan (saham, hartanah) bagi mendapatkan keuntungan masa depan.
๐ฐ GLOSARI: WANG, BANK & PENDAPATAN
| Istilah | Definisi |
|---|---|
| Wang | Komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran. |
| Bank Pusat (BNM) | Institusi kewangan yang mengawal kestabilan ekonomi dan mempunyai kuasa tunggal mengeluarkan mata wang. |
| Bank Perdagangan | Institusi milik swasta bermotifkan keuntungan; menerima deposit dan memberi pinjaman. |
| Akaun Semasa | Akaun yang menyediakan kemudahan cek dan overdraf, popular untuk kegunaan perniagaan. |
| Overdraf | Kemudahan mengeluarkan wang melebihi baki simpanan akaun semasa berdasarkan had tertentu. |
| SPI (Perbankan Islam) | Sistem kewangan berlandaskan syariah yang menghindari riba, maisir, dan gharar. |
| Mudharabah | Prinsip perkongsian untung di mana bank bertindak sebagai usahawan melabur wang daripada pelanggan. |
| Pendapatan Boleh Guna | Pendapatan sebenar yang boleh dibelanjakan setelah ditolak semua potongan wajib (KWSP, Zakat, Cukai, dll). |
| Potongan Wajib | Bayaran yang ditetapkan undang-undang/rukun Islam seperti KWSP, PERKESO, Zakat, dan Cukai Pendapatan. |
| Bayaran Pindahan | Pendapatan yang diterima tanpa memberi sumbangan dalam proses pengeluaran (cth: pencen, biasiswa). |
| Belanjawan Peribadi | Anggaran perbelanjaan masa depan berdasarkan anggaran pendapatan boleh guna untuk tempoh tertentu. |
| Risiko Pelaburan | Kemungkinan kerugian atau ketidakpastian pulangan yang diterima daripada aktiviti pelaburan. |
โญ ZON INTERAKTIF EKONOMI
Masteri Bab 3
Bagaimana pengurusan wang dan bank pusat mempengaruhi poket anda? Uji pengetahuan kewangan anda sekarang!
MULAKAN KUIZ SEKARANG ๐