NOTA GEOGRAFI TINGKATAN 1 BAB 14
Bab 14: Panduan Kerja Lapangan
Jom jadi penyelidik muda! Belajar cara mengumpul data, menganalisis maklumat, dan menghasilkan laporan geografi yang cemerlang.
Langkah Awal Kerja Lapangan
Kerja lapangan ialah kajian hubungan secara langsung dengan alam atau masyarakat. Ia bermula dengan perancangan yang rapi.
1. Pemilihan Isu/Tajuk
Pilih isu yang berkaitan dengan silibus Geografi dan sesuai dengan persekitaran anda.
โข Kesan Pembuangan Sisa Domestik.
โข Masalah Pengangkutan Awam.
โข Potensi Bentuk Muka Bumi.
2. Menentukan Objektif
Tujuan kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang jelas supaya hasil kajian dapat diukur.
3. Penentuan Kawasan Kajian
Pilih kawasan kajian yang tidak terlalu luas dan selamat. Sebaik-baiknya kawasan berhampiran dengan tempat tinggal atau sekolah anda supaya mudah untuk anda bergerak, memerhati, dan menemu bual penduduk tempatan tanpa kos yang tinggi.
4 Kaedah Kajian Utama
Anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua daripada kaedah di bawah untuk mengumpul maklumat yang sah.
Meninjau dan melihat sendiri kawasan kajian. Maklumat dicatat dan bukti bergambar (foto) diambil di lokasi.
Bersoal jawab secara lisan (bersemuka) dengan responden atau penduduk tempatan untuk mendapatkan pendapat dan fakta.
Mengedarkan set borang soalan bercetak kepada responden sasaran. Sesuai untuk mengumpul data kuantitatif dengan cepat.
Merujuk bahan bertulis atau pelbagai sumber seperti buku teks, majalah, surat khabar, dan melayari Internet.
Merekod, Mengumpul & Menganalisis Data
Data yang diperolehi (khasnya dari Soal Selidik) hanyalah nombor mentah. Ia perlu diproses supaya mudah difahami.
Proses Data (Analisis)
- Kira hasil maklum balas daripada borang soal selidik.
- Tukarkan maklumat tersebut menjadi Jadual yang ringkas.
- Daripada jadual, bina Graf Bar, Graf Garisan, atau Carta Pai untuk memberikan gambaran visual yang menarik.
Tukar Data Mentah kepada Visual Menarik!
Lampiran Sokongan
Laporan yang berkualiti wajib mempunyai bahan bukti fizikal. Anda perlu melampirkan:
- Gambar / Foto berkaitan isu di kawasan kajian.
- Salinan asal borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden.
- Peta kawasan atau artikel rujukan berkaitan.
Format Laporan Kajian Lapangan
Selepas data dianalisis, anda perlu menulis laporan akhir di atas kertas bersaiz A4 mengikut susunan (format) standard ini.
Penghargaan
Ucapan terima kasih kepada pengetua, guru Geografi, ibu bapa, dan responden.
Pendahuluan
Pengenalan ringkas tentang tajuk atau isu utama kajian anda.
Objektif Kajian
Penyataan tentang tujuan spesifik kajian ini dijalankan.
Kawasan Kajian
Huraian tentang lokasi kajian dan sertakan peta lakar kawasan tersebut.
Kaedah Kajian
Senaraikan kaedah yang anda gunakan (Pemerhatian, Rujukan, dll).
Hasil Kajian
Isi utama kajian! Masukkan jadual, graf/carta, analisis, dan huraian terperinci anda di sini.
Rumusan
Kesimpulan keseluruhan, nilai-nilai murni yang dipelajari, dan harapan anda.
Rujukan / Lampiran
Senarai buku, link website yang dirujuk, serta gambar dan borang bukti.
Nota: Guru anda akan menilai perancangan awal, proses kerja, dan laporan akhir anda. Buat yang terbaik!
