NOTA PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 BAB 13 – AMALAN KESEDERHANAAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA
Jimat Elektrik, Jimat Air! ๐
Kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan (tidak melebih-lebih) dalam tindakan kita setiap hari.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berjimat cermat ketika menggunakan sumber seperti tenaga elektrik dan air bersih untuk kesejahteraan bersama.
Tukar mentol lama kepada mentol jimat tenaga seperti LED.
Tutup semua suis (lampu, kipas, TV) jika tidak digunakan dan ketika keluar bilik.
Jangan biarkan komputer terpasang sepanjang hari jika tiada kerja dibuat.
Pastikan kapasiti pendingin hawa bersesuaian dan tetapkan suhu yang sederhana (24ยฐC).
Tutup paip air semasa memberus gigi atau mencuci muka.
Mandi menggunakan pancuran air (shower) menjimatkan lebih banyak air berbanding takungan.
Gunakan air di dalam baldi untuk membasuh kereta, bukan paip hos yang memancut terus.
Tahukah Anda? Air hujan juga boleh ditadah untuk menyiram pokok bunga!
Kelestarian alam dapat dikekalkan untuk masa depan.
Sumber elektrik dan air digunakan secara optimum (terbaik).
Kos penggunaan elektrik negara dan keluarga dapat dijimatkan.
Pembaziran sumber asli negara berlaku secara besar-besaran.
Boleh menyebabkan kesan pemanasan global bertambah teruk.
Pengguna terpaksa menanggung beban bil yang tinggi.