NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 BAB 7
Bijaksana Memilih Sahabat
Kenapa Kita Perlu Sahabat?
Sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan masa depan remaja. Memilih sahabat yang tepat membawa kita ke arah kebaikan, manakala tersalah pilih boleh merosakkan masa depan.
! Nilai-nilai Murni:
Banding Beza Sahabat
Ciri Positif
- โ Prihatin & ikhlas
- โ Bersopan santun
- โ Menggunakan masa berfaedah
- โ Penghibur hati (saat sedih)
- โ Suka memberikan bantuan
Ciri Negatif
- โ Mengharapkan balasan
- โ Membazir masa (melepak)
- โ Melanggar peraturan / undang-undang
- โ Mementingkan diri sendiri
- โ Membawa pengaruh buruk
Kebaikan Menjalin Hubungan Persahabatan
Kesan Memilih Sahabat Negatif
Maruah Terjejas
Menjejaskan imej diri dan maruah keluarga.
Pelajaran Merosot
Hilang fokus belajar kerana membazir masa.
Terlibat Gejala Sosial
Mudah terpengaruh dengan aktiviti haram.
Menjaga Hubungan Kekeluargaan
Jangan Abaikan Keluarga
Sahabat memang penting, tetapi keluarga tetap keutamaan. Jangan terlalu sibuk dengan kawan sehingga tiada masa dengan ibu bapa.
Bawa Kawan Ke Rumah
Kenalkan sahabat anda kepada ibu bapa agar mereka berasa tenang dan mengetahui siapa rakan pergaulan anda.
Maklumkan Pergerakan
Sentiasa minta izin dan maklumkan kepada ibu bapa apabila ingin keluar bersama rakan-rakan.
LUBUKSOALAN
Nota Pendidikan Moral Tingkatan 1
