NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 BAB 2
UNIT 2: AGAMA ATAU KEPERCAYAAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA
Membina jati diri yang unggul berlandaskan pegangan agama
Apakah itu Keperibadian Diri?
Keperibadian diri merujuk kepada perihal peribadi, sifat, watak dan ciri-ciri khusus yang terdapat pada seseorang individu. Agama atau kepercayaan memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas dalam pembentukan perilaku manusia.
Ciri Individu Berpegangan Agama
Bertanggungjawab
Melaksanakan tugas dengan amanah dan sedia menerima akibat tindakannya.
Bercakap Benar
Jujur dalam pertuturan dan tidak menyembunyikan kebenaran.
Pemaaf
Sedia memaafkan kesalahan orang lain tanpa menyimpan dendam.
Kesan Tiada Pegangan Agama
Apabila seseorang mengabaikan agama atau kepercayaan, pelbagai impak negatif akan berlaku.
Hilang Hala Tuju
Hidup menjadi tidak terurus dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.
Terlibat Gejala Sosial
Cenderung melakukan perbuatan tidak bermoral seperti buli, vandalisme dan jenayah.
Menjejaskan Imej Keluarga
Perlakuan buruk akan menjatuhkan maruah diri dan memalukan ahli keluarga.
Dipinggirkan Masyarakat
Orang sekeliling akan hilang kepercayaan dan menjauhkan diri kerana sikap negatif.
Kepentingan Pegangan Agama
Pegangan agama yang kukuh dapat melahirkan remaja yang positif dan aktif menyumbang kepada masyarakat.
Membentuk keperibadian diri yang baik dan unggul.
Memberi kekuatan emosi dan mental untuk menghadapi cabaran hidup.
Mendorong penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan (membantu orang lain).
Membentuk sifat kepimpinan yang positif dalam kalangan belia.
Cadangan Nilai
Nilai-nilai teras yang perlu diamalkan dalam unit ini.
“Perasaan gembira dan tenang akan terhasil apabila kita melaksanakan ajaran agama dalam membentuk keperibadian diri yang mulia.”
Nota Pantas Berinteraktif oleh
