Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 Bab 3: Kelestarian Alam Sekitar
๐ BAB 3: KELESTARIAN ALAM SEKITAR ๐
Nota Lengkap KSSM Tingkatan 5
3.1 Kitaran Hayat Produk
Kelestarian alam sekitar bermaksud keadaan alam sekitar yang kekal sama tanpa mengalami kekurangan sumber.
Jejak Karbon (Carbon Footprint)
Jumlah gas rumah hijau (utamanya CO2) yang dibebaskan daripada aktiviti manusia.
Cradle-to-Cradle vs Cradle-to-Grave
- Imbangan Karbon: Proses mengurangkan emisi untuk mencapai emisi sifar.
- Tapak Tangan Karbon: Langkah positif untuk mengurangkan jejak karbon (contoh: kitar semula, guna tenaga solar).
- Cradle-to-Grave: Produk dibuang dan dibiarkan mereput selepas digunakan (Satu hala).
- Cradle-to-Cradle: Produk dikitar semula menjadi bahan baharu (Upcycle).
3.2 Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran berlaku apabila bahan sisa berbahaya dilepaskan ke alam sekitar secara tidak terancang.
Tahap Pencemaran Air (BOD)
Biochemical Oxygen Demand (BOD): Jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan organik.
Eutrofikasi
- Nilai BOD Tinggi = Air sangat tercemar (Oksigen rendah).
- Nilai BOD Rendah = Air bersih (Oksigen tinggi).
Pertumbuhan alga yang mendadak dalam air akibat peningkatan nutrien (Nitrat/Fosfat) daripada baja atau sisa domestik.
3.3 Pemeliharaan & Pemuliharaan
Teknologi Hijau
Penggunaan teknologi yang mesra alam untuk memelihara sumber semulajadi.
Peranan Individu & Organisasi
- Teknologi Emisi Negatif: Mengeluarkan gas CO2 dari atmosfera (contoh: Mikroalga).
- Mikroorganisma Efektif (EM): Digunakan untuk merawat sisa kumbahan dan menghilangkan bau busuk secara biologi.
- Amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery).
- Pengurusan sisa plastik (beg plastik digantikan dengan beg kertas).
- Penggunaan kenderaan cekap tenaga (EEV) atau kereta elektrik.
