Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 Bab 9

Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 Bab 9: Teknologi Angkasa Lepas

Sains T5: Bab 9 Teknologi Angkasa Lepas

๐Ÿš€ TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS ๐Ÿš€

Nota Visual Bab 9 (Sains Tingkatan 5)

Jenis Orbit Satelit

Orbit satelit dikelaskan mengikut ketinggian di atas permukaan Bumi.

LEO (Low Earth Orbit):
  • Ketinggian: 180km – 2,000km
  • Halaju satelit paling tinggi untuk kekal di orbit.
  • Contoh: ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa).
MEO (Medium Earth Orbit):
  • Ketinggian: 2,000km – 35,780km
  • Sesuai untuk navigasi.
  • Contoh: Satelit GPS (20,200km).
GEO (Geostationary Orbit):
  • Ketinggian: 35,786km
  • Tempoh orbit: 24 jam (sama dengan putaran Bumi).
  • Kelihatan pegun di atas titik yang sama.
HEO (High Earth Orbit):
  • Ketinggian: > 35,780km
  • Orbit berbentuk elips yang sangat lonjong.
Kenderaan Pelancar

1. ELV (Expendable Launch Vehicle): Kenderaan pelancar yang digunakan sekali sahaja.

2. RLV (Reusable Launch Vehicle): Kenderaan yang boleh digunakan semula untuk pelancaran seterusnya (cth: Space Shuttle).

Fungsi GPS

Sistem navigasi yang terdiri daripada tiga segmen utama:

  • Segmen Angkasa: Rangkaian satelit yang menghantar isyarat (minimum 24 satelit).
  • Segmen Kawalan: Stesen bumi yang mengawal kedudukan satelit.
  • Segmen Pengguna: Penerima GPS (telefon, navigasi kereta).
Konsep Trilaterasi

Penerima GPS memerlukan isyarat daripada sekurang-kurangnya 4 buah satelit untuk menentukan lokasi 3D (latitud, longitud, ketinggian) dengan tepat.

Satelit menghantar maklumat Masa dan Lokasi satelit kepada penerima.
Made By Lubuksoalan