Nota Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Sains Sukan Dan Pengurusan Sukan

1.2 Dasar Sukan Negara
“Dasar Sukan Negara merupakan dokumen rasmi hala tuju sukan negara ke arah pembentukan budaya sukan yang holistik dan pencapaian sukan tahap antarabangsa.”
Sukan Massa
Sukan Untuk Semua- Melibatkan penyertaan masyarakat secara menyeluruh.
- Tujuan utama: Kesihatan, rekreasi, gaya hidup aktif & interaksi sosial.
- Contoh aktiviti: Senamrobik komuniti, kayuhan amal, joging di taman.
Sukan Prestasi Tinggi
Sukan Elit- Tumpuan kepada pertandingan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.
- Tujuan utama: Kemenangan, pecah rekod, mengharumkan nama negara.
- Contoh acara: Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Piala Thomas.
Objektif Utama DSN
1.3 Pengurusan & Pengelolaan Sukan
Kejayaan sesuatu pertandingan sukan bergantung kepada pengurusan yang sistematik (Merancang, Mengelola, Mengarah & Mengawal).
Sistem Pertandingan Utama
Sistem Kalah Mati
Sistem di mana pasukan yang kalah terus tersingkir dari pertandingan. Sesuai untuk perlawanan yang mempunyai kekangan masa, kos, atau fasiliti tetapi penyertaan yang banyak.
Kelemahan: Pasukan kalah awal tidak berpeluang bermain lagi, kurang adil jika diundi melawan pasukan kuat pada awal pusingan.
Sistem Liga
Semua pasukan akan bertemu sesama sendiri. Juara ditentukan melalui kutipan mata tertinggi pada akhir kejohanan.
Kelemahan: Memerlukan masa yang panjang, kos tinggi, dan fasiliti yang banyak.
*N = Jumlah Pasukan
Jawatankuasa Pengelolaan
J/K Teknikal & Pengadilan
J/K Hadiah & Cenderamata
J/K Kecemasan & Keselamatan
J/K Publisiti & Hebahan
Dihasilkan untuk nota pembelajaran berkesan & interaktif.
๐โโ๏ธ Kuiz Sains Sukan Tingkatan 4
Uji Pengetahuan Anda!
Terdapat 10 soalan rawak daripada 20 bank soalan. Jawapan dan penerangan akan diberikan pada setiap soalan.
GLOSARI SAINS SUKAN
| Istilah | Definisi |
|---|---|
| Anatomi | Ilmu tentang struktur tubuh dan hubungan organ-organ antara satu sama lain (Evelyn, 2013). |
| Biomekanik | Ilmu tentang aplikasi prinsip mekanikal dalam kajian organisma hidup (Hall, 2007). |
| Bye (Peserta Menunggu) | Peserta yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat dalam pertandingan sebelumnya yang tidak perlu bertanding di pusingan awal. |
| Dasar Sukan Negara | Dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. |
| Etika Kesukanan | Prinsip moral, nilai akhlak dan tingkah laku yang menjadi panduan hidup kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sukan. |
| Fisiologi | Ilmu sains tentang fungsi tubuh manusia (Tortora & Derrickson, 2006). |
| Kaedah dan Latihan Fizikal | Ilmu tentang proses pergerakan berulang-ulang yang sistematik, progresif dan memiliki tujuan akhir untuk meningkatkan prestasi dalam sukan (Bompa, 1994). |
| Kawalan Motor | Disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya (Magill, 2006). |
| Kecederaan Sukan | Ilmu tentang keadaan luka atau kerosakan yang berlaku ke atas otot, tendon, tulang, ligamen dan lain-lain tisu sistem otot rangka yang diperoleh melalui penglibatan aktiviti sukan (Tippett, 1990). |
| Kecergasan Fizikal | Ilmu tentang keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan dalam menghadapi cabaran kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan (Davis et al., 1993). |
| Pemakanan Sukan | Ilmu tentang aplikasi strategi pemakanan untuk kesihatan, mengadaptasi corak pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan pertandingan (Burke, 1995). |
| Pengukuran Sukan | Satu subdisiplin ilmu tentang proses pengumpulan maklumat yang boleh ditunjukkan dari segi pengiraan seperti jarak, masa atau bilangan tugasan yang dilakukan secara betul dalam kecergasan fizikal dan kemahiran sukan (Hashim, 2015). |
| Pengurusan Sukan | Sebarang gabungan kemahiran yang berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan yang mengendalikan produk atau perkhidmatan berkaitan sukan (DeSensi et al., 1990). |
| Post-mortem | Mesyuarat yang diadakan selepas selesai sesuatu program atau pertandingan untuk membincangkan kekuatan, kelemahan, dan penambahbaikan untuk masa hadapan. |
| Psikologi Sukan | Ilmu saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton (Wann, 1997). |
| Sains Sukan | Satu bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi sukan. |
| Seeded (Pasukan Pilihan) | Pasukan pilihan yang dipilih berdasarkan keputusan pertandingan lalu dan ditempatkan dalam kumpulan yang berbeza untuk mengelakkan pertemuan awal. |
| Semangat Kesukanan | Sikap yang ada dalam diri individu untuk mencapai kemenangan, disertai dengan semangat yang baik seperti bertolak ansur dalam menghadapi konflik yang timbul walaupun sikap tersebut boleh membawa kekalahan (Shields & Bredemeier, 1995). |
| Semangat Mementingkan Kemenangan | Usaha dan sikap yang memberi fokus menggunakan pelbagai cara yang tidak melanggar peraturan untuk mencapai kemenangan namun mengabaikan etika kesukanan (Lumpkin et al., 1994). |
| Sistem Kalah Mati | Satu sistem pertandingan yang membolehkan peserta yang menang terus mara ke peringkat seterusnya dan peserta yang kalah tersingkir (Wee, 1994). |
| Sistem Liga | Satu sistem pertandingan yang membenarkan seseorang peserta atau pasukan menghabiskan bilangan permainannya sebelum disingkirkan daripada permainan seterusnya (Wee, 1994). |
| Sosiologi Sukan | Subdisiplin ilmu yang mengkaji fenomena sosial yang berlaku dalam sukan (Coakley, 2009). |
| Sukan Berprestasi Tinggi | Juga dikenali sebagai Sukan Elit, bertujuan meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. |
| Sukan Untuk Semua | Juga dikenali sebagai Sukan Massa, merujuk kepada aktiviti fizikal dan sukan yang bertujuan menggalakkan penyertaan luas dalam kalangan masyarakat untuk kesihatan dan kesejahteraan. |
ZON INTERAKTIF
Uji kefahaman anda mengenai Bab 1 dengan menjawab kuiz di bawah:
KUIZ SAINS SUKAN BAB 1 – SET 1