Nota Sains Tahun 5 Bab 3 – Haiwan
Sains Tahun 5 β’ Bab 3
DUNIA HAIWAN! π¦
Haiwan juga perlu berjuang untuk hidup! Mari kita lihat bagaimana mereka melindungi diri dan bagaimana mereka mencari makan dalam habitatnya.
Senjata Rahsia Haiwan! π‘οΈ
Kemandirian spesies ialah cara haiwan memastikan keturunannya terus wujud dan tidak pupus. Mereka ada ciri khas dan tingkah laku yang hebat!
π’ Cangkerang Keras
Bila diserang, haiwan ini akan menyorokkan kepala dan kakinya ke dalam “rumah” yang sangat keras. Musuh susah nak gigit!
Contoh: Kura-kura, Penyu, Siput babi.
π¦ Duri yang Tajam
Badan mereka penuh dengan duri. Jika musuh cuba pegang, pasti berdarah dan sakit!
Contoh: Landak, Ikan buntal.
π¦ Putuskan Anggota Badan
Ini dipanggil tingkah laku khas. Mereka sanggup putuskan ekor sendiri supaya musuh terkejut dan ekor itu menggelitik, lalu mereka lari pantas!
Contoh: Cicak, Sesumpah.
π¦ Menyembur Dakwat Hitam
Bila terancam di dalam air, haiwan ini akan pancut dakwat hitam ke arah mata pemangsa lalu air menjadi gelap untuk ia melarikan diri.
Contoh: Sotong kurita, Sotong katak.
Terlalu Sejuk? Terlalu Panas? βοΈβοΈ
Bukan musuh sahaja yang bahaya, cuaca cuaca melampau di Kutub Utara (Sangat Sejuk) dan Gurun (Sangat Panas) juga boleh membunuh haiwan. Lihat cara mereka bertahan:
Bulu Tebal & Lemak
-
π»ββοΈBeruang Kutub Mempunyai bulu yang sangat tebal dan lapisan lemak di bawah kulit untuk mengekalkan haba badan.
-
π§Penguin Tingkah laku khas: Mereka akan berkumpul dan berpeluk rapat-rapat dalam kumpulan besar untuk saling memanaskan badan!
Simpan Air & Bonggol
-
πͺUnta Mempunyai bonggol di belakang badan yang menyimpan lemak. Ia ditukar menjadi air & tenaga masa tiada makanan di padang pasir.
-
π¦Badak Air Tingkah laku khas: Akan berendam di dalam sungai atau lumpur untuk menyejukkan badan dari matahari terik.
Siapa Makan Siapa? π
Tumbuhan membuat makanannya sendiri, manakala haiwan perlu makan tumbuhan atau haiwan lain untuk hidup. Ini membentuk satu hubungan yang dipanggil Rantai Makanan.
Maksud Rantai Makanan:
Hubungan makanan antara hidupan di dalam sesuatu habitat. Anak panah (β) bermaksud “dimakan oleh”.
*Matahari ialah SUMBER TENAGA UTAMA bagi semua rantai makanan kerana ia beri cahaya kepada tumbuhan!
Apa pula Siratan Makanan?
Di dalam satu kawasan (seperti hutan), ada banyak sangat hidupan. Seekor haiwan kadang-kala boleh makan lebih dari satu jenis makanan!
Siratan Makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan di dalam suatu habitat. Ia kelihatan berselirat seperti jaring!
PENTING: Jika satu haiwan (populasi) pupus atau musnah, ia akan menjejaskan keseluruhan haiwan lain dalam siratan makanan tersebut!
