NOTA TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 BAB 3

NOTA TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 BAB 3

Nota Interaktif: Tasawwur Islam T5 – Unit 3

Tasawwur Islam

Tema 3: Sistem Pentadbiran & Pemerintahan

Sistem Pentadbiran & Pengurusan Islam

Pentadbiran

Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.

Pengurusan

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia.

Konsep Keseluruhan (Tadbir Urus Islam)

Pentadbiran dan pengurusan Islam ialah perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam selari dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.

Prinsip-Prinsip Tadbir Urus Islam

Sistem pentadbiran yang cemerlang bertunjangkan kepada enam prinsip asas berikut bagi menjamin keadilan dan keharmonian sesebuah organisasi atau negara.

Al-Ubudiyyah

Pengabdian Diri

Ketundukan dan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT dalam segala urusan pentadbiran.

As-Syura

Mesyuarat

Perbincangan secara kolektif untuk mencapai keputusan terbaik berdasarkan iman & takwa.

Al-‘Adalah

Keadilan

Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan hak kepada yang berhak menerimanya.

Al-Hurriyyah

Kebebasan

Kebebasan bersuara, bertindak dan beragama asalkan tidak melanggar batasan syariat.

Al-Musawah

Kesamarataan

Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang Islam tanpa mengira pangkat atau keturunan.

Al-Mas’uliyyah

Kebertanggungjawaban

Setiap pemimpin akan disoal dan dipertanggungjawabkan ke atas amanah pimpinannya di akhirat.

Sistem Pemerintahan Islam

Konsep Khilafah

ุฎูู„ูŽุงููŽุฉ

Pemerintahan atau pentadbiran negara berdasarkan syariat Islam. Khalifah ialah individu yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk menggantikan peranan Rasulullah SAW dalam menjaga agama dan mentadbir urusan dunia.

Matlamat Pemerintahan

  • Menegakkan syariat Islam di muka bumi.
  • Merealisasikan keadilan sejagat untuk seluruh rakyat (Muslim & Non-Muslim).
  • Memelihara kebajikan dan keamanan negara dari ancaman musuh.

Tanggungjawab Pemimpin & Rakyat

Tanggungjawab Pemimpin

  • Memelihara kesucian agama Islam.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan.
  • Menguruskan harta negara (Baitulmal) dengan telus.
  • Memastikan keselamatan nyawa, harta, dan kemuliaan rakyat terjamin.
  • Menyediakan kemudahan asas dan pendidikan.

Tanggungjawab Rakyat

  • Mentaati pemimpin (selagi tidak menyuruh ke arah maksiat).
  • Memberi teguran dan nasihat secara berhikmah.
  • Menjaga keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
  • Mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
  • Menjauhi perbuatan ekstrem atau derhaka (pemberontakan).
Disediakan sebagai bahan bantu belajar interaktif โ€ข KSSM Tasawwur Islam Tingkatan 5
Kuiz Interaktif: Tasawwur Islam Tingkatan 5 (Sistem Pentadbiran Islam)

Pentadbiran & Pemerintahan

Tasawwur Islam Tingkatan 5 (Tema 3)

Maklumat Ujian Prestasi

  • Merangkumi topik Konsep Pengurusan, Syura, Pemimpin & Kenegaraan.
  • Hanya 10 soalan akan ditapis dan diplih secara rawak.
  • Huraian fakta tadbir urus disediakan bagi setiap jawapan.