SELAMAT DATANG Kuiz Asas Kelestarian Tingkatan 4 Bab 4 Set 1
Pengangkutan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Dalam enjin diesel empat lejang, apakah yang disedut masuk ke dalam silinder semasa lejang masukan?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan litar pegang dalam sistem kawalan elektrik?
3. Apakah medium pemindahan tenaga yang digunakan dalam sistem kawalan pneumatik?
4. Apakah prinsip asas yang menjadi dasar kepada kendalian utama sistem hidraulik?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menurut Institut Automotif Malaysia (MAI)?
6. Apakah tiga peringkat evolusi sistem pengangkutan?
7. Apakah fungsi injap kawalan arah dalam sistem hidraulik dan pneumatik?
8. Apakah fungsi litar kawalan jogging?
9. Kenderaan hibrid menggunakan kombinasi sumber tenaga apa?
10. Apakah perbezaan utama antara enjin dua lejang dan enjin empat lejang dari segi kitaran lengkap aci engkol?