SELAMAT DATANG Kuiz Biologi Tingkatan 4 Bab 14 Set 1
Sokongan Dan Pergerakan Dalam Manusia Dan Haiwan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1.
Apakah nama keadaan tulang belakang yang membengkok ke sisi dalam bentuk 'S' atau 'C'?
2.
Antara berikut, yang manakah BUKAN sebahagian daripada rangka paksi manusia?
3.
Pergerakan ikan ke hadapan dihasilkan oleh pengecutan dan pengenduran bongkah otot berbentuk W yang dikenali sebagai…
4.
Sutur pada kranium tengkorak kepala adalah contoh bagi jenis sendi…
5.
Apakah jenis rangka yang dimiliki oleh cacing tanah untuk mengekalkan bentuk badan yang tegar?
6.
Gerak alih cacing tanah berlaku melalui satu gelombang…
7.
Apakah fungsi utama bendalir sinovia dalam sendi bebas bergerak?
8.
Penyakit yang dicirikan oleh tulang yang lemah dan mudah patah akibat kehilangan jisim dan ketumpatan tulang ialah..
9.
Semasa pergerakan membengkokkan lengan, apakah yang berlaku pada otot biseps dan triseps?
10.
Vertebra yang manakah terbesar dan terkuat untuk menyokong berat bahagian bawah belakang badan?