SELAMAT DATANG Kuiz Fizik Tingkatan 5 Bab 2 Set 2
Tekanan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Apakah fungsi utama tangki balast dalam sebuah kapal selam?
2. Seorang penyelam berada pada kedalaman 35 m di dalam laut. Apakah tekanan sebenar yang bertindak ke atasnya jika ketumpatan air laut ialah 1060 kg m⁻³, g = 9.81 m s⁻² dan tekanan atmosfera ialah 100 kPa?
3. Tekanan atmosfera di puncak gunung adalah lebih rendah berbanding di aras laut kerana…
4. Menurut Prinsip Archimedes, daya apungan yang dialami oleh objek yang terendam adalah sama dengan..
5. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera dengan kejituan yang tinggi di pusat kaji cuaca?
6. Antara berikut, yang manakah TIDAK mempengaruhi tekanan dalam cecair?
7. Sebuah bongkah kayu terapung pegun di permukaan air. Pernyataan manakah yang benar?
8. Dalam sebuah jek hidraulik, daya input 20 N dikenakan pada omboh kecil seluas 0.05 m². Jika luas omboh besar ialah 1.5 m², berapakah daya output yang dihasilkan?
9. Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada bendalir tertutup akan…
10. Prinsip Bernoulli menerangkan hubungan antara…