Kuiz Kimia Bab 3 – Termokimia
1.
Apakah unit yang digunakan untuk menyatakan Nilai Bahan Api?
2.
Apabila asid lemah atau alkali lemah digunakan dalam tindak balas peneutralan, mengapa nilai haba peneutralan adalah lebih rendah berbanding asid kuat/alkali kuat?
3.
Apabila menghitung haba pembakaran, bilangan mol (n) yang digunakan mewakili…
4.
Berapakah nilai teori bagi haba peneutralan ($ \Delta H $) antara asid kuat dengan alkali kuat?
5.
Haba peneutralan didefinisikan sebagai perubahan haba apabila terbentuknya…
6.
Apakah hubungan antara bilangan atom karbon per molekul alkohol (seperti etanol, propanol, butanol) dengan nilai haba pembakaran?
7.
Apakah definisi bagi Haba Pembakaran?
8.
Antara berikut, manakah aplikasi yang melibatkan tindak balas endotermik dalam kehidupan harian?
9.
Nilai Bahan Api ialah kuantiti tenaga yang terbebas apabila satu gram bahan api dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bagaimana Nilai Bahan Api dihitung?
10.
Dalam tindak balas eksotermik, apakah aplikasi yang digunakan untuk kimpalan landasan kereta api?