SELAMAT DATANG Kuiz Perniagaan Tingkatan 4 Bab 3 Set 1
Penetapan Visi, Misi Dan Objektif Perniagaan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Bagaimanakah faktor pertumbuhan ekonomi dunia merupakan faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan visi, misi dan objektif perniagaan?
2. Syarikat Batik Ehsan Terengganu mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 5,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara. Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Ehsan Terengganu
3. Pemimpin yang mempunyai wawasan mampu menyampaikan visi organisasi perniagaan mudah supaya dapat dihayati semua golongan pekerja. Mengapa pekerja perlu menghayati visi organisasi perniagaan?
4. Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?
5. Syarikat Teguh merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang terkenal di Malaysia. Syarikat ini bercadang mengeksport produk kesihatan ke negara Indonesia apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan syarikat pemasaran yang terkenal di Indonesia. Apakah faktor peluang yang ada yang mendorong Syarikat Teguh mengeksport produk kesihatan di negara Indonesia?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan ciri objektif boleh dicapai?
7. Kegunaan titik pulang modal dalam penetapan objektif organisasi perniagaan ialah
8. Organisasi A–Syarikat pengeluaran biskut mendapat keuntungan. Organisasi B–Persatuan pengguna memberi perlindungan ahlinya daripada amalan perniagaan yang tidak sihat.
Pilih penyataan yang paling tepat mengenai ulasan di atas.
9. Di bawah ini contoh visi syarikat pengeluar kereta tempatan. Pilih visi yang paling tepat
10. Antara berikut, yang manakah merupakan satu faktor ancaman kepada syarikat yang ingin menerokai pasaran di China?