SELAMAT DATANG Kuiz Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 4 Set 1
Buku Catatan Pertama
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Apakah tujuan penyediaan Buku Tunai Runcit?
2. Urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Jurnal Am?
3. Apabila pembekal memberi pengurangan harga kerana kesilapan dalam invois, dokumen apakah yang akan dikeluarkan?
4. Sistem Panjar digunakan dalam pengurusan buku berikut:
5. Encik Ali menjual sebuah komputer terpakai milik perniagaan secara kredit kepada Kedai Rahmat. Buku Catatan Pertama manakah yang akan digunakan untuk merekodkan urus niaga ini?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan Jurnal Pulangan Jualan?
7. Apakah fungsi utama Buku Catatan Pertama?
8. Kedai Perabot Alisha membeli 10 buah rak pameran secara kredit daripada Kedai Perabot Yap Seng. Di manakah urus niaga ini patut direkodkan?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Catatan Kontra dalam Buku Tunai?
10. Pemilik perniagaan membawa masuk komputer peribadi bernilai RM1,200 untuk kegunaan perniagaan. Urus niaga ini direkodkan dalam Jurnal Am berdasarkan dokumen sumber apa?