SELAMAT DATANG Kuiz Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 9 Set 1
Pembetulan Kesilapan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1.
Jumlah dalam Jurnal Jualan sepatutnya RM35,000 tetapi dijumlahkan sebagai RM25,000. Ini adalah contoh…
2.
Belanja membaiki komputer sebanyak RM200 telah didebitkan dalam Akaun Komputer. Ini merupakan contoh…
3.
Apakah kesan kesilapan prinsip (membeli aset direkod sebagai belanja) terhadap untung bersih jika tidak dibetulkan?
4.
Apakah dokumen yang digunakan untuk merekodkan semua catatan pembetulan kesilapan?
5.
Baki Akaun Belian terlebih rekod sebanyak RM50 dan Akaun Tunai juga terlebih rekod sebanyak RM50. Walaupun Imbangan Duga seimbang, kesilapan ini dipanggil…
6.
Urus niaga jualan kredit barang niaga kepada Perniagaan Baba sebanyak RM8,200 direkodkan dengan betul dalam Akaun Jualan, tetapi tidak direkodkan langsung dalam Akaun Belum Terima Perniagaan Baba. Apakah jenis kesilapan ini?
7.
Apakah jenis kesilapan yang menyebabkan jumlah debit dan kredit dalam Imbangan Duga tidak seimbang?
8.
Apakah langkah pertama dalam proses pembetulan kesilapan?
9.
Pemilik mengambil barang niaga RM3,000 untuk kegunaan peribadi. Kesilapan berlaku apabila Akaun Ambilan dan Akaun Belian kedua-duanya didebitkan. Apakah jenis kesilapan ketara ini?
10.
Apakah nama Imbangan Duga yang disediakan selepas semua pembetulan kesilapan direkodkan?