KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
**Sila semak silang soalan dan jawapan di kuiz-kuiz ini dengan sumber rujukan yang lebih tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan haruslah diutamakan sumber-sumber tersebut seperti buku teks rasmi yang telah diikitiraf**
1.
Selepas kekalahan tentera Jepun, wujud kekosongan kuasa politik yang digunakan oleh Bintang Tiga (PKM) untuk mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu dan menjalankan undang-undang sendiri. Hal ini dapat dilakukan kerana kelewatan:
2.
Semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918), Pakatan Kuasa Tengah terdiri daripada Jerman dan Austria-Hungary. Pakatan ini kemudian disertai oleh:
3.
Di bawah dasar pentadbiran Jepun, negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran:
4.
Faktor utama yang mendorong Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik adalah:
5.
Mengapakah Liga Bangsa-Bangsa (LBB) dianggap gagal dalam memastikan keamanan dunia selepas Perang Dunia Pertama?
6.
Apakah kesan utama Perang Dunia Pertama terhadap sistem politik di Eropah?
7.
Perang Dunia Kedua di Eropah (1939–1945) tercetus berikutan kemunculan ideologi Nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler, yang bertujuan untuk:
8.
Perang Dunia Pertama tercetus apabila Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary, dibunuh oleh pemuda Serbia. Peristiwa ini berlaku di tengah-tengah konflik yang dikenali sebagai:
9.
Apakah salah satu syarat utama yang dikenakan ke atas Jerman melalui Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919?
10.
Mengapakah tentera Jepun memberikan layanan yang lebih kejam kepada orang Cina berbanding kaum lain di negara kita?