Hello, quiz ini memilih 10 soalan rambang yang meliputi seluruh topik bab Quiz Sains Tambahan Tingkatan 4 Bab 7: Daya dan Gerakan
1. Mengapakah seorang atlet lompat jauh membengkokkan lututnya ketika mendarat?
2. Apakah perbezaan utama antara pelanggaran kenyal dan pelanggaran tidak kenyal?
3. Sebuah kapal terbang bergerak pada halaju malar. Apakah keadaan daya yang bertindak ke atasnya?
4. Sebuah troli berjisim 2 kg bergerak dengan halaju 3 ms⁻¹ berlanggar dengan sebuah troli pegun berjisim 1 kg. Selepas pelanggaran, kedua-dua troli bergerak bersama. Berapakah halaju sepunya kedua-dua troli?
5. Ahmad menolak sebuah troli dengan daya 400 N manakala Zi Hong menolak troli yang sama dari arah yang sama dengan daya 300 N. Berapakah daya paduan yang bertindak ke atas troli itu?
7. Seorang pemain bola sepak menendang bola berjisim 0.5 kg. Halaju bola berubah dari keadaan pegun kepada 20 ms⁻¹ dalam masa 0.05 s. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas bola itu?
8. Berdasarkan hubungan F = ma, apakah yang akan berlaku kepada pecutan objek jika jisimnya bertambah manakala daya yang dikenakan adalah malar?
9. Antara situasi berikut, yang manakah memerlukan daya impuls yang besar untuk berfungsi dengan berkesan?
10. Apakah yang dimaksudkan dengan daya impuls?