SELAMAT DATANG Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik SPA SET 2

1.
Di sebuah pusat kajian perubatan terdapat seramai 40 subjek. 40% didapati mendapat penyakit kaki, mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah subjek yang demam?
2.
Sebuah korperasi mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?
3.
Shazrinah Umairah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan M dan N ialah
4.
Harga kos set kecantikan di Syarikat Teguh Jaya ialah RM120. Harga jual set kecantikan itu ialah RM150. Set kecantikan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Teguh Jaya mengalami…
5.
Dalam Persatuan Tari SMK Pekan II, terdapat 10 orang dengan berat 35 kg, 20 orang dengan berat 40 kg. Berapakah purata berat ahli dalam persatuan tari tersebut?
6.
Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
8.
Valendretha mencatat skor 82, 91, 86 dan 88 dalam empat kertas ujian percubaan. Berapakah markah yang harus Valendretha capai dalam kertas percubaan kelima untuk mendapatkan purata markah 85?
9.
Syarikat XYZ Sdn Bhd telah membeli peralatan pejabat pada bulan Januari 2005 dengan kos berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM 10,000.00 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah susut nilai tahunan peralatan pejabat berkenaan?
10.
Amnia Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.